PELABUHAN KLANG, 3 APRIL – Dua nelayan warga Indonesia nyaris maut selepas bot mereka terbalik akibat dipukul ombak kuat di perairan Selangor sebelum diselamatkan oleh sebuah kapal minyak yang kebetulan melalui kawasan kejadian.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, insiden berlaku kira-kira 19 batu nautika di barat Pulau Tengah pada sekitar jam 9.19 pagi semalam.
Bertindak daripada aduan yang diterima, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru segera mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 9.30 pagi dengan pasukan Maritim Negeri Selangor telah mengatur gerak aset laut, Bot Pengawal 26, serta sebuah aset udara untuk melakukan pemantauan di lokasi kejadian.
Lebih kurang setengah jam selepas operasi bermula, Pusat Operasi menerima maklumat daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) bahawa kapal minyak ORKIM SAPPHIRE, yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Sungai Udang, Melaka ke Pulau Pinang, telah menemukan dan menyelamatkan dua mangsa yang terapung di laut.
Mangsa, Admiral Chaniago, 51, dan Roy Tampa, 25, kedua-duanya warga Indonesia, kemudian dipindahkan ke PENGAWAL 26 sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah pada sekitar jam 5.00 petang.
Setibanya di jeti, kedua-dua mangsa yang dalam keadaan keletihan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada wakil Kedutaan Besar Republic Indonesia, Tuan Aisat Amrullah, pada jam 8.00 malam hari kejadian.
Mengulas mengenai kejadian tersebut, Muhaimin menzahirkan penghargaan kepada kru ORKIM Sapphire atas tindakan pantas mereka menyelamatkan kedua-dua mangsa berkenaan.
Kami amat menghargai kerjasama semua pihak, terutamanya kapal-kapal yang melalui laluan ini, untuk segera memberi bantuan kepada mereka yang mengalami kecemasan di laut.
Tindakan pantas seperti ini amat penting bagi mengelakkan kehilangan nyawa,” katanya.
Dalam pada itu, Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.
Sebarang insiden kecemasan atau jenayah maritim, orang ramai boleh dilaporkan menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

