window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); OP KHAS PAGAR LAUT DIAKTIFKAN, USAHA BANTERAS JENAYAH SEMPENA MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

OP KHAS PAGAR LAUT DIAKTIFKAN, USAHA BANTERAS JENAYAH SEMPENA MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI

PULAU INDAH, 12 MAC – Maritim Malaysia mengaktifkan OPERASI KHAS PAGAR LAUT Siri 1/2025 dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan dan pencerobohan perairan negara, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

OP KHAS PAGAR LAUT ini akan dilaksanakan dalam empat fasa, merangkumi pengumpulan maklumat dan kesiapsiagaan aset, penguatkuasaan sebelum perayaan, penguatkuasaan selepas raya, serta pemantauan dan Post Exercise Debrief (PXD).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, sepanjang lima tahun pelaksanaan operasi ini (2020-2024), Maritim Malaysia berjaya menumpaskan 251 kes termasuk kes berprofil tinggi dengan nilai rampasan hampir RM110 juta.

“Daripada jumlah tersebut, Sabah mencatatkan kes tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 69 kes, diikuti Perak sebanyak 57 kes dan Johor sebanyak 31 kes.”

“Kesalahan paling tinggi yang direkodkan adalah di bawah Akta Perikanan 1985 dengan 185 kes, diikuti Akta Imigresen 1959/63 sebanyak 95 kes dan Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) sebanyak 40 kes,” katanya ketika hadir pada Majlis Peluncuran Op KHAS PAGAR LAUT 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Mengulas cabaran dihadapi anggota penguat kuasa, Datuk Seri Saifuddin menegaskan bahawa operasi ini bukan sekadar rondaan rutin, sebaliknya melibatkan risiko tinggi terhadap keselamatan anggota.

“Pada 2023, seorang pegawai telah ditetak di kepala oleh nelayan Vietnam ketika menjalankan pemeriksaan. Tahun lalu pula, seorang anggota hilang penglihatan akibat insiden berbalas tembakan di perairan Kunak, Sabah. Pada Disember tahun lalu juga, turut berlaku kes penjenayah membaling bom ikan kepada penguat kuasa ketika bot suspek cuba ditahan di Perairan Pulau Timbun Mata Kunak, Lahad Datu”

“Terkini, Februari lalu, bot penyeludup bertindak melanggar bot penguat kuasa di perairan Tanjung Rhu, dalam cubaan melarikan diri dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua bilah parah berada dalam bot suspek,” jelasnya.

Dalam memastikan berlaku lonjakan keberkesanan operasi, Datuk Seri Saifuddin turut memaklumkan kerajaan sedang memperkukuh keupayaan Maritim Malaysia melalui perolehan kapal induk baharu MultiPurpose Mission Ship (MPMS) daripada Desan Shipyard, Turkiye, yang dijangka beroperasi pada suku pertama 2027.

“Langkah ini sebahagian daripada strategi Kerajaan MADANI untuk memastikan Maritim Malaysia memiliki keupayaan setanding dengan negara maritim lain,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menegaskan, operasi kali ini bukan sekadar operasi rutin, tetapi isyarat ketegasan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan negara.

“Anggota kami bukan sekadar bertugas bagi memastikan keselamatan perairan Malaysia bebas daripada ancaman tetapi juga sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan demi menjaga kedaulatan negara khususnya di musim-musim perayaan. Maritim Malaysia komited dalam memperkukuh kawalan maritim demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

Sebanyak 45 aset dan lebih 800 pegawai serta anggota Maritim Malaysia akan digerakkan sepanjang OPERASI KHAS PAGAR LAUT di seluruh perairan negara.

Selain rondaan yang diperketatkan, Maritim Malaysia turut bersiap siaga untuk Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) sekiranya berlaku insiden yang membabitkan kapal atau bot yang membawa penumpang dan lain-lain.

 

OP PAGAR LAUT7
 
OP PAGAR LAUT4
 
OP PAGAR LAUT5
 
OP PAGAR LAUT6
 
OP PAGAR LAUT8
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC