17
Sab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP ROKOK & MINUMAN KERAS BERNILAI HAMPIR RM40 RIBU

MIRI, 4 MAC – Tindakan berani sindiket penyeludupan cuba membawa keluar rokok dan minuman keras secara haram dari perairan Lawas gagal apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri berjaya mematahkan cubaan itu dalam satu operasi khas awal pagi semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri, Komander Maritim Mahkos Juing, pihaknya telah berjaya merampas 50 kotak minuman keras pelbagai jenama berjumlah 1,200 tin serta 80 karton rokok atau 16,000 batang rokok yang disyaki tidak bercukai. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai hampir RM40 ribu.

Jelas beliau lagi, operasi itu dijalankan selepas pihaknya mengesan aktiviti mencurigakan di lokasi kira-kira 0.5 batu nautika dari Tanjung Kuala Lawas.

“Bertindak atas maklumat risikan, pasukan operasi telah dikerahkan ke lokasi sekitar pukul 12.10 pagi untuk pemeriksaan,” katanya dalam sidang media di Kompleks Zon Maritim Miri, hari ini.

Beliau turut menjelaskan, ketika bot ronda Maritim Malaysia menghampiri kawasan Kuala Lawas, satu kenderaan pacuan empat roda putih dilihat bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Tindakan mereka yang melarikan diri dengan tergesa-gesa jelas menunjukkan cubaan mengelak daripada ditahan,” tambahnya.

Pemeriksaan lanjut yang dilakukan pada pukul 12.20 pagi menemukan beberapa bungkusan hitam yang disyaki mengandungi rokok dan minuman keras seludup.

Semua barang rampasan dibawa ke Kompleks Zon Maritim Miri sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

Maritim Malaysia menegaskan akan terus memperketat operasi serta pemantauan, termasuk dalam bulan Ramadan, bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah dan penyeludupan di perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan atau kejadian kecemasan di laut boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 999, Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-649111 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 / 082-432016 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2025 03 04 at 6.26.44 PM

 

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC