SEMPORNA, 28 FEBRUARI – Zon Maritim Semporna terus memperkukuh kawalan perairan negara apabila berjaya menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran yang disyaki terlibat dalam aktiviti perikanan haram di perairan Tanjung Tabu Tabu, Semporna, malam semalam.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir bin Shubli berkata, bot tersebut dikesan dalam Op PLUTO TIMUR 2/2025 yang dijalankan pada 26 Februari lalu.
Tambah beliau, pemeriksaan yang dilakukan oleh penguat kuasa mendapati, bot enjin sangkut berwarna merah dan hijau itu membawa tiga kotak berisi karang pelbagai jenis yang dipercayai diperoleh secara haram.
"Pasukan operasi yang menaiki Bot Cenderawasih 09 segera menghampiri bot tiada nombor pendaftaran tersebut untuk pemeriksaan namun suspek telah melarikan diri dengan terjun ke laut dan memasuki hutan bakau berhampiran”
“Pemeriksaan lanjut turut menemukan karang yang dimuatkan ke dalam tiga buah kotak dalam jumlah yang mencurigakan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, dan pihaknya turut sedang mengesan dalang di sebalik kegiatan tersebut.
Jumlah rampasan kes dianggakan berjumlah lebih dari RM 13 ribu.
"Maritim Malaysia memandang serius aktiviti pengambilan sumber marin secara haram yang boleh menjejaskan ekosistem laut.”
“Justeru kami akan terus memperketatkan penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang," tegas beliau lagi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di perairan negara digesa untuk menyalurkannya kepada Maritim Malaysia menerusi talian kecemasan 999 atau Zon Maritim Semporna di talian 089-782521 untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

