MUAR, 15 JANUARI – Bot milik nelayan tempatan yang dilaporkan hanyut ke Bengkalis, Indonesia pada minggu lalu telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada jam 2.00 petang, semalam.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal berkata, bot tersebut telah diserahkan oleh dua wakil pegawai Polis Republik Indonesia (POLRI) pada kedudukan 17 batu nautika barat daya Parit Jawa, Muar.
Terdahulu, media melaporkan dua nelayan tempatan dan sebuah bot hilang di perairan Muar ketika keluar memancing pada 7 Januari lalu.
Bot yang dilaporkan hanyut itu mengalami kerosakan enjin sebelum dihanyutkan arus sehingga memasuki perairan Indonesia.
Dua nelayan tempatan berkenaan ialah Asamadi bin Omar, 55 dan Zulkefli bin Mad, 46, ditemukan selamat dan telah pulang ke Malaysia pada Jumaat lalu.
Sementara itu Mohammad Zaini turut memaklumkan, bot nelayan itu telah dibaik pulih dan diiringi POLRI sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia.
“Semua urusan bagi membawa pulang bot tersebut telah diselesaikan semalam dan diserahkan kepada wakil Maritim Malaysia yang diketuai oleh Leftenan Maritim Mohd Hairulnizam bin Abdul Razak. Turut serta Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Muar, Encik Norhakim Simon.”
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada POLRI yang membantu dalam operasi penyerahan ini,” tambah beliau.
Untuk sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat melalui talian 07-4349343 atau NG 999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

