JOHOR BAHRU, 12 JANUARI – Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada pukul 9.25 pagi tadi setelah menerima makluman dari Kapal Maritim KM SATRIA mengenai kejadian sebuah kapal tangki terbakar di kedudukan empat batu nautika tenggara Tanjung Piai.
Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil berkata, sejurus OP CARILAMAT diaktifkan, KM SATRIA, KM TAMBISAN dan BOT KILAT 18 dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi mengkoordinasikan OP CARILAMAT bersama-sama dua buah bot dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Polis Diraja Malaysia (PDRM).
OP CARILAMAT ini turut melibatkan lima buah Bot Tunda syarikat operator STS iaitu Syarikat Contemporary Logistics bagi melawan kebakaran kapal tangki terbabit. Kapal tangki yang berdaftar dari Mongolia itu dikendalikan oleh 15 orang kru warganegara Myanmar, Indonesia dan Singapura berumur diantara 22 tahun hingga 73 tahun.
Seramai 14 orang kru tersebut telah diselamatkan dan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Johor manakala seorang kru warganegara Indonesia telah hanyut ke perairan Singapura. Pihak berkuasa Singapura telah memaklumkan mengenai penemuan mangsa yang tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.
Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dan tiada tumpahan minyak dikesan setakat ini.
Pihak MRSC Johor Bahru merakamkan penghargaan kepada pihak PPM PDRM, JLWS, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Syarikat Contemperary Logistics serta pihak
berkuasa Singapura yang terlibat dalam OP CARILAMAT ini yang dikoordinasikan secara pantas dan berkesan.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

