24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

MARITIM MALAYSIA TERPILIH SEBAGAI PERINTIS PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN DALAM PENGOPERASIAN

PUTRAJAYA, 9 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah terpilih sebagai salah satu jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengoperasiannya.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah memaklumkan, pemilihan berkenaan menandakan Kerajaan MADANI memberikan kepercayaan penuh kepada Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan Zon Maritim Malaysia.

Menurut beliau, penggunaan teknologi AI bukan sahaja selaras dengan usaha meningkatkan keberkesanan operasi, tetapi juga bertepatan dengan prinsip Rukun Negara yang menggalakkan penggunaan teknologi moden demi kesejahteraan negara.

"AI adalah satu pendekatan baharu yang perlu diberikan perhatian oleh semua warga Maritim Malaysia khususnya pengurusan atasan Agensi ini. Ini kerana AI akan menjadi pemangkin kepada reformasi operasi Maritim Malaysia, " tegas beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baharu Ketua Pengarah Maritim Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Encik Nor Hisham bin Ibrahim serta pegawai kanan Maritim Malaysia.

Pada ucapan yang sama, Datuk Haji Mohd Rosli turut memaklumkan untuk tahun 2025, Maritim Malaysia juga telah menerima peruntukan yang signifikan daripada Kerajaan berjumlah RM400 juta bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan aset laut dan udara dalam usaha memastikan kesiapsiagaan aset Maritim Malaysia menjaga kedaulatan perairan negara.

“Peruntukan yang diterima ini bukti Maritim Malaysia sebuah agensi penting dalam menjaga kedaulatan perairan negara,” jelas beliau lagi.

Beliau berharap pada tahun 2025, seluruh warga Maritim Malaysia dapat melaksanakan Teras Tujuh yang beliau telah perkenalkan, iaitu kepimpinan proaktif dan inklusif, taat setia, pembangunan modal insan dan organisasi, pengukuhan tatakelola, kesiapsiagaan aset, penggunaan teknologi terkini, serta pengukuhan jalinan kerjasama.

Beliau dalam pada itu, turut menekankan kepentingan hubungan strategik dengan penguat kuasa negara luar seperti Indonesia, Thailand, US Coast Guard, Japan International Cooperation Agency (JICA), dan Singapore Coast Guard.

Kerjasama erat ini jelas beliau, begitu penting dalam memperkukuhkan keselamatan perairan negara daripada pelbagai ancaman rentas sempadan seperti perkongsian maklumat cubaan masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke dalam negara.

Terdahulu Datuk Haji Mohd Rosli merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Maritim Malaysia atas pencapaian cemerlang pada tahun 2024. Antara kejayaan yang membanggakan ialah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Zon Maritim Tanjung Manis serta Zon Maritim Mersing telah menerima pengiktirafan Pengauditan Pengurusan Kewangan bertaraf lima bintang.

Selain itu, tahun 2024 turut menyaksikan Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) telah dinamakan Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Jeti Lembaga Pelabuhan Kuching, Sarawak pada 2 Mac 2024.

Tahun 2024 turut mencatatkan kejayan besar apabila Maritim Malaysia telah melakukan 544 tangkapan, dengan hasil rampasan dan denda berjumlah lebih RM100 juta. Tindakan tegas ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam memastikan perairan negara sentiasa terpelihara.

Beliau berharap amanat yang disampaikan ini dapat memberi inspirasi kepada warga Maritim Malaysia dalam menghadapi cabaran baharu pada tahun 2025.

 

TOK LI AI2
 
TOK LI AI3
 
TOK LI AI5
 
TOK LI AI4
Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC