MUAR, 7 JANUARI – Dua orang nelayan tempatan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan di perairan Muar, ditemui selamat oleh penduduk Bengkalis, Indonesia lewat petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan orang hilang dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pukul lebih kurang 11 pagi semalam.
Sebaik menerima maklumat, bot PENGGALANG 30 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diatur gerak ke lokasi kejadian untuk melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT).
Walau bagaimanapun, pada pukul 6.00 petang semalam, keluarga mangsa telah menghubungi pihak polis dan memaklumkan bahawa mangsa telah ditemui selamat di perairan Indonesia.
Mangsa, Asamadi bin Omar, 55 tahun dan Zulkefli bin Mad, 46, memaklumkan bot yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin dan hanyut sehingga ke perairan negara jiran. Kedua-dua mangsa kini di dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Pihak Maritim Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat serta pihak berkuasa Indonesia yang turut membantu dalam usaha pencarian mangsa.
Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4349343 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi secara 24 jam untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

