TANJUNG MANIS, 2 JANUARI – Zon Maritim Tanjung Manis telah menerima aduan seorang kru tongkang LINAU 27 jatuh ke laut di perairan Rejang pada sekitar jam 10.30 pagi, semalam.
Pengarahnya, Komander Maritim Gilbert Tinggak anak Numpang berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuching telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 1.45 petang dengan mengatur gerak BOT PENGAWAL 22 ke lokasi kejadian berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pengadu, Encik Wong Pik Jing.
Menurut Gilbert, kejadian berlaku apabila sebuah pondok yang berada di atas tongkang tersebut runtuh lalu terjatuh ke laut bersama mangsa dan seorang lagi kru tongkang berkenaan setelah dihempas ombak setinggi 3.5 meter.
Mangsa cuba diselamatkan oleh rakannya yang turut terjatuh tetapi gagal dan rakannya sempat berpaut di atas pondok yang jatuh dan terapung tersebut sebelum diselamatkan oleh bot tunda Danum 126.
Mangsa yang hilang dikenali sebagai Mustapa bin Abdullah @ Moses anak Mleng berumur 64 tahun.
Lokasi terakhir mangsa jatuh laut adalah di kedudukan tujuh batu nautika barat Kuala Rejang. OP CARILAMAT diteruskan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tanjung Manis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tanjung Manis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Tanjung Manis.
Susulan kejadian itu, Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) telah ditubuhkan di Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis.
Operasi berkenaan ditangguhkan pada jam 6.30 petang semalam kerana keadaan laut yang bergelora dan hari semakin gelap yang menyukarkan misi pencarian.
OP CARILAMAT berkenaan bersambung semula pada jam 7.00 pagi tadi dengan jarak pencarian yang akan diperluaskan, sebarang maklumat kemaskini terkini akan diberikan dari semasa ke semasa.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

