16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN BEROPERASI BAWAH HAD DIBENARKAN DITAHAN

LUMUT, 25 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) Negeri Perak menahan dua Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas B yang disyaki melanggar syarat sah lesen di dua lokasi berbeza kira-kira 1.1 batu nautika barat daya Pulau Talang dan 1.1 batu nautika barat laut Pasir Panjang, Segari pada jam sekitar 3.33 dan 5.30 pagi, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, hasil risikan dan pemantauan berterusan serta maklumat dari orang awam, sebuah bot ronda pasukan operasi yang sedang melakukan rondaan rutin telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melakukan serbuan dan menahan kedua-dua VNT tersebut.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek yang tidak sempat melarikan diri ditahan Maritim Malaysia kerana leka melakukan aktiviti perikanan di lokasi tersebut.

Hasil pemeriksaan ke atas dokumen mendapati, vesel pertama dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan dan dibantu dua kru warga Myanmar tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah berumur dalam lingkungan 29 hingga 45 tahun, manakala vesel kedua dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang kru warga tempatan berumur 36 dan 54 tahun.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati, kedua-dua vesel terbabit disyaki melakukan aktiviti perikanan di kawasan yang tidak dibenarkan selain dikendalikan kru warga Myanmar yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu beroperasi kurang dari lima batu nautika dari daratan serta menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui.

Kesemua nelayan ditahan, manakala vesel dan hasil tangkapan dengan anggaran 280 kilogram beserta peralatan menangkap ikan turut dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan mendapati, modus operandi bagi kedua-dua vesel ini ialah menjalankan aktiviti perikanan dalam keadaan gelap bagi mengaburi mata pihak berkuasa di lokasi yang tidak dibenarkan.

Maritim Malaysia sentiasa mengambil maklum terhadap aduan awam berhubung sebarang pelanggaran undang-undang yang berlaku di laut dan menegaskan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi undang- undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang sudah diperuntukkan oleh kerajaan.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian05- 6838737 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

VESEL HAD 2
 
VESEL HAD 3
 
VESEL HAD 4
 
VESEL HAD 6
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC