16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

OP CARILAMAT VESEL NELAYAN TEMPATAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI

KUCHING, 24 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) Vesel Nelayan Tempatan (VNT) bersama enam orang kru yang tidak dapat dihubungi selepas keluar ke laut pada 17 Disember lalu dipercayai karam di Pulau Burong, Kuching Sarawak.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, berdasarkan maklumat pengadu yang diterima pada pukul 6.43 petang kelmarin oleh Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuching, Maritim Malaysia telah mengaktifkan OP CARILAMAT pada jqm 7.10 petang hari yang sama dengan mengatur gerak aset BOT PENGAWAL 42 ke lokasi kejadian.

Tiga mangsa, Khlok Sem warga Kemboja, Adikah dan Irman masing-masing warga Indonesia telah berjaya diselamatkan oleh VNT lain pada kedudukan 3.5 batu nautika barat Pulau Burong dan dibawa ke Jeti Kampung Goebilt lebih kurang jam 6.00 petang semalam.

OP CARILAMAT diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang masih tidak dijumpai sehingga laporan ini dikeluarkan.

Mangsa adalah Chaloem Sonada warga Thailand, Oeun Van dan Thy Ny masing-masing warga Kemboja.

Untuk rekod, lokasi terakhir VNT dilaporkan adalah di kedudukan 7.5 batu nautika Timur Laut Tanjung Sipang sebelum mengalami kebocoran di bilik enjin.

OP CARILAMAT diteruskan dengan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak, Muara Tebas bermula hari ini.

Maritim Malaysia akan sentiasa bersiap siaga dalam apa juga situasi termasuk memberi bantuan kepada komuniti maritim walaupun dalam keadaan laut yang sangat bergelora.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak / MRSC Kuching melalui talian 082-432006 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

VESEL GAGAL
 
VESEL GAGAL 3
 
VESEL GAGAL 4
 
 VESEL GAGAL 5
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC