17
Sab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

CUBAAN MENYELUDUP BARANG KAWALAN, BOT PAM DITAHAN MARITIM MALAYSIA

LAHAD DATU, 24 NOVEMBER – Zon Maritim Lahad Datu menahan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 0.4 batu nautika Selatan Tanjung Batu, Felda Sahabat, Lahad Datu pagi tadi.

Pengarahnya, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, berdasarkan maklumat risikan yang diterima, bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan pada sekitar jam 3.45 pagi tadi.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot terbabit bertindak melarikan diri dan mengubah haluan ke arah daratan berhampiran dan telah bertindak terjun ke laut.

Hasil pemeriksaan awal mendapati bot itu membawa beberapa barang kawalan seperti beras, minyak paket dan tong gas.

Bot dan kesemua barang dibawa ke Jeti Pos Maritim Felda Sahabat untuk siasatan lanjut.

Hasil pemeriksaan lanjut menemukan dua tong gas berwarna hijau, 17 bungkus minyak masak dengan anggaran berat 17 kg, sembilan kampit beras dengan berat 90kg dan lima kampit beras dengan berat 25kg. Turut ditemukan satu tiub hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta kawalan beras dan padi 1994 dan Akta Dadah Merbahaya 1952.

Turut dirampas sebuah pam bot tanpa nombor pendaftaran berserta sebuah enjin pam. Kesemua barang rampasan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM 8,500.

Zon Maritim Lahad Datu akan mempertingkatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas bot-bot terutama yang berada di lokasi titik panas di perairan ini bagi memastikan kegiatan berkenaan dapat dibendung.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan insiden yang berlaku di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi Whatapp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

BRG KAWALAN 3
 
BRG KAWALAN 2

 

 

 

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC