16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

DUA VESSEL KELAS C DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

PELABUHAN KLANG, 22 NOVEMBER – Maritim Negeri Selangor menahan dua vessel nelayan tempatan kelas C di sekitar perairan Tanjung Sauh, petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, kedua-dua vessel yang didaftarkan di Perak itu ditahan oleh aset MaritimMalaysia dalam rondaan OP EHSAN, OP MURNI dan OP TIRIS ketika sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang 15 batu nautika dari pantai di Perairan Selangor.

Penahanan vessel pertama dilakukan pada sekitar jam 3.35 petang semalam di kedudukan 9.5 batu nautika dari barat daya Tanjung Sauh.

Ketika pemeriksaan, vessel berkenaan dikendalikan seorang tekong bersama lima kru warga Myanmar, manakala vessel kedua ditahan kira-kira jam 5.15 petang di kedudukan 10.5 batu nautika barat daya Tanjung Sauh yang dikendalikan seorang tekong serta empat kru juga warga Myanmar.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua vessel tersebut berdaftar di negeri Perak dan kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kedua-dua vessel serta kesemua kru yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun itu dibawa ke jeti Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang 15 batu nautika dari pantai dan di luar perairan negeri Perak tanpa permit kerja sah.

Kes turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana kesemua kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia akan meneruskan pemantauan dan rondaan di sempadan perairan negara serta memandang serius terhadap kesalahan yangmelibatkan aktiviti menangkap ikan di luar zon yang ditetapkan oleh JabatanPerikanan Malaysia.

Sebarang aduan, maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor melalui talian 03-31760627 atau 999 untukmaklum balas segera.

 

KLANG TANGKAP 2
 
KLANG TANGKAP 3
 
KLANG TANGKAP 4
 
KLANG TANGKAP 5

 

 

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC