SEMPORNA, 11 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengkoordinasikan Search and Rescue Exercise (SAREX) Tahap 3 bersama 22 agensi dan syarikat swasta berkaitan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut yang dilaksanakan di perairan Semporna bermula pada 8 hingga 9 November lalu.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sabah & W.P Labuan, Kepten Maritim Boon Chin Chau berkata, pelaksanaan SAREX pada kali ini adalah penting bagi meningkatkan kesiapsiagan setiap agensi yang terlibat dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan di laut terutama di perairan Semporna.
Objektif utama SAREX pada kali ini adalah sebagai platform latihan secara simulasi kejadian sebenar insiden dalam memperkukuhkan kerjasama merentasi agensi bagi memberi penerangan yang jelas mengikut prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan dan pengendalian SAR berpandukan National Aeronautical and Maritime Search and Rescue Manual (NAMSAR).
Antara agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM),Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah ( KEPKAS), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) serta beberapa agensi dan syarikat swasta tempatan.
Eksesais yang bermula pada jam 9 pagi itu telah melibatkan lebih 150 pegawai dan anggota pelbagai agensi bagi menghadapi senario insiden kebakaran akibat pelanggaran antara bot pelancong dan bot penumpang.
Dalam simulasi yang mengangkat senario kejadian sebenar itu telah memperlihatkan peranan dan fungsi setiap agensi yang terlibat menerusi tatacara dan tindakan sewajarnya yang perlu dilaksanakan sekiranya insiden kecemasan atau bencana sebenar berlaku.
Turut hadir menjadi pasukan penilai dalam simulasi ialah pemerhati dari luar yang terdiri daripada pegawai agensi keselamatan dan penguat kuasa serta pihak swasta yang berkaitan.
Menerusi dapatan daripada SAREX yang diadakan ini, pihak sekretariat telah membentangkannya pada hari terakhir untuk langkah penambahbaikan dalam majlis penutup.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Semporna, Tuan Alexander Liew dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seafest, Semporna pada 9 November, turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap 1, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah ( KePKAS), Puan Mary Isidore Malangking, Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Boon Chin Chau, Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli, Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir bin Shubli dan Ketua-ketua wakil Jabatan dan Agensi jemputan.
Diharapkan dengan penganjuran latihan simulasi seperti ini, ia dapat meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan pegawai dan anggota agensi-agensi yang terlibat menerusi kerjasama erat di antara agensi sahabat dalam kalangan perkhidmatan kerajaan mahupun pihak berkepentingan yang lain di sektor swasta.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

