LUMUT, 10 NOVEMBER – Sebanyak 76 tangkapan membabitkan warga Myanmar, Kemboja, Thailand dan Indonesia yang berumur lingkungan 4 bulan hingga 61 tahun sempena OP PELANTAR yang bermula pada 8 hingga 9 November lalu di sekitar Pantai Remis dalam usaha membasmi kehadiran pekerja warga asing tanpa izin dalam kalangan komuniti maritim setempat.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briget Utara.
Jelas beliau, operasi ini dijalankan hasil maklumat risikan dan pemantauan berterusan yang mendapati berlaku penambahan jumlah yang mencurigakan dalam kalangan nelayan warga asing yang bekerja di atas bot.
Operasi bersepadu yang melibatkan seramai 322 pegawai dan anggota penguat kuasa itu turut membabitkan dua aset laut yang tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang berkaitan Akta Imigresen 1959/63 di kawasan jeti-jeti utama bot-bot nelayan dan kawasan penginapan nelayan warga asing.
Operasi yang tamat pada jam 5.00 pagi itu berjaya melakukan sebanyak 153 pemeriksaan ke atas suspek manakala 76 orang suspek telah ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas sah yang dikeluarkan dan di bawah Peratuan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan.
Kesemua suspek ditahan dan diiringi ke Depot Imigresen Ipoh, Perak untuk tindakan lanjut.
Maritim Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JIM Negeri Perak dan PGA Briget Utara di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan Operasi Bersepadu ini bagi membanteras pelanggaran undang-undang dan aktiviti jenayah dalam kalangan komuniti maritim.
Sekiranya terdapat sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh terus menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

