LAHAD DATU, 27 OKTOBER – Cubaan sebuah bot pam membawa 20 batang kayu beruti yang dicuri di Perairan Kunak gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu sekitar pukul 5.20 pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang manjalankan rondaan OP PLUTO TIMUR 2/2013 telah mengesan sebuah bot pam berwarna merah, tiada nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan di kedudukan lebih kurang 0.7 batu nautika Timur Laut Bandar Kunak.
Hasil pemeriksaan awal, pasukan Maritim Malaysia menemui 20 batang kayu beruti yang diikat disisi bot yang dikendalikan tiga warga Filipina berumur lingkungan 35 hingga 45 tahun.
Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, bot pam itu melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana kesemua suspek tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan melakukan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan kerana memiliki kayu beruti disyaki dicuri.
Hasil soal siasat, difahamkan 20 batang kayu berkenaan dicuri dari kilang dan akan dijual di pasaran tempatan.
Bot pam beserta kayu beruti yang dianggarkan bernilai lebih RM5 ribu ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.
Berikutan kes tangkapan tersebut, Zon Maritim Lahad Datu akan meningkatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas bot-bot yang berada di perairan ini khususnya yang melakukan aktiviti mencurigakan.
Dzulfikhar turut menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang dan akan mengambil tindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukannya.
Sebarang aduan dan makluman mengenai kegiatan jenayah serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim, Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi Whatsapp 016-9305727 atau hubungi talian kecemasan 999 untuk maklumbalas segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

