16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

LIMA PEMANCING TERPUTUS HUBUNGAN KETIKA MEMANCING DI KELONG, DUA BOT BARTER TRADE TENGGELAM

BATU PAHAT, 18 SEPTEMBER – Lima pemancing berhadapan detik cemas apabila jeti yang menghubungkan daratan dengan kelong bagi aktiviti memancing di Pantai Seri Menanti, Muar musnah dan dihanyutkan air laut akibat cuaca buruk dan laut bergelora.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff bin Mohd Yunus berkata, semasa kejadian berlaku sekitar pukul 9.40 malam semalam, salah seorang mangsa, Muhamad Razif bin Abu Bakar, 33 telah membuat panggilan kecemasan dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat untuk meminta bantuan sejurus beliau bersama empat rakan yang lain telah terputus hubungan dari daratan.

Menurutnya, aset Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi yang dimaklumkan oleh pengadu.

Setelah tiba di lokasi, anggota Maritim Malaysia telah menyelamatkan lima pemancing itu sebelum dibawa ke Jeti Nelayan Seri Menanti untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 15 hingga 43 tahun selamat.

Sementara itu, Mohd Haniff memaklumkan pihaknya menerima dua aduan awam berkenaan dua bot barter trade yang tenggelam di perairan Batu Pahat, pagi tadi.

Bot pertama, KLM Bahtera Jaya dilaporkan tenggelam lebih kurang 0.9 batu nautika Barat Daya Segenting ketika dalam perjalanan dari Batu Pahat menuju ke Indonesia.

Siasatan awal mendapati bot itu karam disyaki berpunca daripada kebocoran pada bahagian enjin.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia turut melaksanakan operasi pemindahan perubatan (MEDEVEC) memandangkan salah seorang daripada lima kru bot barter trade itu telah diserang angin ahmar.

Mangsa dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat seterusnya diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan segera.

Dalam kejadian berasingan sebuah lagi bot barter trade, KLM Bersama Jaya yang membawa enam kru dari Indonesia menuju ke Batu Pahat turut tenggelam di kedudukan lebih kurang 11.2 batu nautika Barat Daya Benut.

Jelas beliau, kesemua mangsa kedua-dua bot terbabit berusia dalam lingkungan 20 hingga 62 tahun diselamatkan oleh bot barter trade yang berhampiran ketika kejadian.

Semua mangsa kemudiannya telah dipindahkan ke bot Maritim Malaysia seterusnya dibawa ke jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menasihati masyarakat terutama komuniti maritim supaya menitikberatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut memandangkan keadaan cuaca buruk dan laut bergelora ketika ini.

Sebarang aduan, maklumat serta insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat (07-4344020) atau talian bantuan kecemasan NG 999 untuk maklum balas segera.

PEMANCING KARAM 2 
 
PEMANCING KARAM 3

 

.

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC