PULAU TIGA, 7 SEPTEMBER – Bot Petir 90 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan berjaya menahan sebuah bot yang disyaki melakukan aktiviti mengebom ikan di perairan Pulau Tiga, Sabah, baru-baru ini.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Hj. Idros berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan OP SEJAHTERA 1/2022 dan OP TIRIS 3.0 telah melakukan pemeriksaan terhadap sebuah bot kayu berwarna kuning merah selepas bot berkenaan dikesan pada kedudukan sekitar 5.2 batu nautika barat laut Pulau Tiga, Sabah.
Bot dengan nombor pendaftaran tempatan terbabit dikendalikan seorang tekong warganegara tempatan bersama empat kru warga asing berusia lingkungan 18 hingga 55 tahun, dengan empat daripadanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Pemeriksaan lanjut yang dijalankan turut menemukan peralatan menyelam bagi mengutip ikan dan hasil ikan bom pelbagai jenis serta 200 kilogram ikan pelbagai jenis. Pemeriksaan pada hasil tangkapan mendapati organ dalaman ikan telah hancur dipercayai kesan aktiviti pengeboman ikan, manakala hasil pemeriksaan turut menemukan beberapa peralatan mengebom ikan di atas bot terbabit.
Kesemua nelayan, bot serta hasil tangkapan ditahan dan diiring ke Jeti Maritim Labuan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963. Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot serta 200 kilogram ikan bom pelbagai jenis dianggarkan dalam RM80 ribu.
Menurut Izwanhadi, aktiviti mengebom ikan merupakan satu aktiviti yang bukan sahaja diharamkan dari segi undang-undang, malah ia juga boleh memusnahkan ekosistem marin. Penggunaan bom ikan bukan sahaja membunuh ikan yang cuba ditangkap, tetapi turut membunuh spesis hidupan laut lain, ikan muda yang belum matang serta memusnahkan dan mencacatkan pertumbuhan batu karang yang merupakan habitat serta sumber penting kehidupan marin.
“Aktiviti mengebom ikan merupakan aktiviti yang sangat berbahaya, malah ramai telah mengalami kecederaan serta terbunuh dalam kemalangan letupan. Bukan sahaja pengebom, malah terdapat kes-kes terdahulu di mana penyelam rekreasi cedera dan maut akibat aktiviti haram ini” ujar beliau lagi.
Maritim Malaysia menyeru supaya aktiviti pengeboman ikan dihentikan dan tindakan yang tegas akan diambil kepada pelaku-pelaku aktiviti ini. Operasi dan rondaan berkala akan dijalankan secara optimum bagi memastikan ketenteraman Zon Maritim Malaysia sentiasa terpelihara serta tahap pematuhan undang-undang berada di tahap tertinggi.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

