KEMAMAN, 11 OGOS – Agensi Pemguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman telah menerima laporan awam mengenai sebuah vesel nelayan tempatan karam dilanggar tongkang sewaktu bersauh sekitar 8 batu nautika timur Kuala Kemaman awal pagi tadi.
Vesel nelayan tempatan bersama dua awak- awak termasuk tekong dan tujuh pemancing disyaki telah dilanggar tongkang sewaktu bersauh sekitar jam 6 pagi tadi.
Lima mangsa telah berjaya ditemukan dan diselamatkan manakala satu mayat mangsa ditemui oleh vesel perikanan tempatan sewaktu melalui kawasan terbabit.
Usaha pencarian bagi mengesan dan mencari tiga lagi mangsa sedang dilakukan.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin bin Ghazali berkata, selaku agensi yang mengkoordinasikan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan pada jam 8.40 pagi tadi dan Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) turut telah dibuka di Jeti Haji Pa.
Bot Penggalang 17 telah diatur gerak ke tempat kejadian termasuk pesawat udara Maritim Malaysia untuk melaksanakan pencarian melalui udara di sekitar kawasan kejadian.
Usaha CARILAMAT disertai oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kemaman turut sama membantu usaha bagi mencari mangsa.
Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kemaman di talian 011-13390521 atau talian kecemasan NG999 untuk maklum balas segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

