KUALA TERENGGANU, 2 Julai – Mahkamah Seksyen Negeri Terengganu telah mengarahkan tujuh Vesel Nelayan Asing Vietnam dengan nilai keseluruhan RM10.5 juta dilucut hak semalam.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abdul Majid, tujuh buah vesel tersebut telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu dalam siri Operasi Naga Barat di sekitar perairan negeri ini melibatkan enam buah vesel ditahan pada bulan Mei yang lalu manakala sebuah lagi telah ditahan pada bulan Jun lalu.
Dalam kes tangkapan tersebut, seramai 55 orang kru beserta tekong warganegara Vietnam berumur 20 hingga 60 tahun turut ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan memasuki Zon Maritim Malaysia tanpa kebenaran.
Pihak mahkamah juga telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM300 ribu kepada setiap tekong. Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan hukuman 5 bulan penjara.
Manakala setiap kru juga dikenakan denda RM120 ribu dan jika gagal membayar denda boleh dikenakan hukuman 3 bulan penjara.
Daripada jumlah kru yang ditahan, seorang kru berumur 60 tahun telah dibuat pengusiran melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 30 Jun lalu atas perintah Mahkamah.
Mohd Khairulanuar dalam pada itu memaklumkan Op Naga Barat telah dilancarkan sejak 2 Mei 2019 dalam usaha membanteras pencerobohan vesel nelayan asing terutamanya di perairan Pantai Timur Semenanjung. Sepanjang Op ini dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah merekodkan tangkapan sebanyak 52 kes pada tahun 2019, 66 kes pada tahun 2020, 65 kes pada tahun 2021, 37 kes pada tahun 2022, 27 kes pada tahun 2023 dan 13 kes setakat Julai 2024.
Terdahulu Mohd Khairulanuar turut menjelaskan Maritim Negeri Terengganu juga telah melupuskan sembilan buah vesel nelayan asing Vietnam pada tahun ini dengan kaedah musnah pecah dan ditenggelamkan untuk dijadikan tukun dengan nilai bersih pelupusan sebanyak RM1.65 juta.
Maritim Malaysia akan terus memperkasakan kesiapsiagaan aset bagi memastikan perairan negara khususnya perairan negeri Terengganu terus terjaga daripada pencerobohon vesel nelayan asing.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

