window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); ‘RUNNER MINYAK’ DITAHAN, DUA BOT BAWA PETROL TANPA PERMIT DISITA
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

‘RUNNER MINYAK’ DITAHAN, DUA BOT BAWA PETROL TANPA PERMIT DISITA

TAWAU, 31 MEI – Zon Maritim Tawau menahan dua bot penumpang tempatan kerana membawa muatan tanpa permit dalam dua tangkapan berasingan semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, terdahulu kapal peronda Maritim Malaysia ketika dalam OP PLUTO TIMUR 2/2023 dan OP TIRIS mengesan dan memintas sebuah bot penumpang yang bergerak dari Jeti CIQ Tawau menuju ke Pulau Sebatik pada jam 10.10 malam semalam.

Pemeriksaan ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.1 batu nautika timur laut Tanjung Saima itu mendapati, seorang lelaki warga tempatan berumur 47 tahun bertindak selaku juragan bot.

Pemeriksaan selanjutnya mendapati bot itu membawa muatan empat gelen minyak petrol dengan anggaran 140 liter dan dua tong gas LPG tanpa memiliki sebarang permit yang sah.

Kira-kira sejam selepas penahanan bot itu, sebuah lagi bot penumpang tempatan turut ditahan dan diperiksa oleh aset Maritim Malaysia yang sama di lokasi 1.24 batu nautika timur laut Tanjung Saima.

Pemeriksaan ke atas bot penumpang itu mendapati seorang juragan lelaki warga tempatan berumur 23 tahun juga membawa muatan lima gelen minyak petrol anggaran 175 liter tanpa sebarang permit dan melanggar syarat sah lesen.

Kedua-dua bot bersama muatan serta juragan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasat di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967.

Kesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan disita sehingga proses siasatan selesai dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM52 ribu.

Shahrizan berkata, pihaknya tidak menolak wujudnya 'runner minyak' yang menjalankan aktiviti membawa barang kawalan ini dalam kuantiti kecil namun secara berulang bagi menembusi pasaran di negara jiran.

Sebarang maklumat, aduan serta insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

RUNNER TAWAU 2   RUNNER TAWAU   RUNNER TAWAU 3

 

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC