BINTULU, 20 MEI – Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot penumpang selepas melanggar syarat sah lesen di perairan Bintulu semalam.
Pengarah Maritim Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot berkenaan ditahan di kedudukan lebih kurang 2.5 batu nautika Barat Laut Kuala Kemena, kira-kira pukul 12.40 tengah hari ketika pasukan operasi melakukan pemeriksaan rutin ke atas beberapa buah bot di kawasan perairan Bintulu.
Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, dua kru termasuk nakhoda adalah lelaki warga tempatan masing-masing berumur 48 dan 23 tahun.
Bot seterusnya dibawa ke pusat tahanan vessel untuk siasatan di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana disyaki melakukan kesalahan beroperasi tanpa melaporkan kepada pegawai pelabuhan tentang pertukaran nakhoda dan bilangan kru tidak mencukupi untuk beroperasi.
Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kepada semua komuniti maritim agar mematuhi undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.
Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut orang ramai boleh melaporkannya ke MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254 / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 untuk maklum balas segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

