KUANTAN, 21 APRIL – Mahkamah Seksyen Kuantan telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak lima ribu ringgit dan RM 10 ribu kepada dua pemilik bot nelayan tempatan kelas C pada tarikh sebutan kes pada Jumaat (19 April 2024) lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan, Yang Arif Puan Maimoonah binti Aid membuat keputusan itu selepas tertuduh, Peng Seng Heng, 58, warga tempatan bagi pemilik bot yang pertama mengaku bersalah di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika bagi bot Zon C.
Manakala Chia Teng Heng, 51, warga tempatan bagi pemilik bot kedua mengaku bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika bagi bot Zon C dan menggunakan kru warga negara asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Seramai 10 kru warga asing termasuk tekong dan seorang warga tempatan berusia di antara 25 hingga 51 tahun yang berada di atas bot berkenaan dibebaskan kerana mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Untuk rekod, pada 3 April lalu Maritim Negeri Pahang telah menahan dua bot nelayan tempatan kelas C bersama kesemua kru di sekitar perairan Pulau Tioman kira-kira pada jam 11.30 pagi.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maritim Negeri Pahang, Puan Izani Nashtasya binti Isa.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

