17
Sab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS

LUMUT, 9 APRIL – Maritim Negeri Perak menahan dua bot nelayan tempatan kelas B1 dan kelas B di kedudukan 3.4 batu nautika barat daya Pulau Buloh, Perak dan 3.0 batu nautika selatan Pulau Buluh, Perak kira-kira pukul 12.10 dan 12.15 tengah hari ahad lalu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, kedua-dua bot terbabit dikesan sedang leka melakukan aktiviti perikanan oleh Maritim Malaysia ketika melakukan rondaan menerusi OP SAYONG, OP PINTAS, OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT di sekitar perairan negeri Perak.

Pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot berkenaan dikendalikan oleh dua tekong bersama empat kru warga tempatan berumur dalam lingkungan 46 hingga 63 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua bot terbabit beroperasi kurang lapan dan lima batu nautika dari daratan.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Kesemua nelayan ditahan, manakala bot, hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian berasingan, Maritim Negeri Perak merampas sebanyak 25 set bubu naga atau bubu kambang (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 3.0 batu nautika dari barat laut Tanjung Hantu, Perak pada sekitar jam 6.20 petang, Sabtu lalu.

Ketika anggota bot ronda Maritim Malaysia dalam melaksanakan OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG / OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT telah mengesan bubu naga yang berukuran lebih kurang 10 meter panjang setiap satu yang dipasang secara berangkai.

Jelas beliau, tinjauan secara dekat oleh anggota bot ronda mengesahkan bendera berwarna kuning mencurigakan terapung di permukaan air yang diikat pada pancang kayu adalah penanda kepada bubu naga ini dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai hampir dua ribu ringgit itu dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-6838737) atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

PERAK TAHAN 2   PERAK TAHAN 4   PERAK TAHAN 5

 

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC