PULAU INDAH, 1 April – Maritim Malaysia telah melaksanakan sebanyak 74 tangkapan dengan nilai rampasan berjumlah lebih lima juta ringgit sempena OP KHAS PAGAR LAUT yang berkuatkuasa di seluruh negara sejak 15 hari lalu.
Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Maritim Malaysia tegas dalam mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadanmelibatkan isu pendatang asing tanpa izin (PATI), pencerobohan nelayan asing, penyeludupan masuk dan keluar barangan kontraban serta penyeludupan barang-barang kawalan ke negara jiran.
Tambah beliau, sekiranya perkara ini tidak ditangani, negara akan berhadapan dengan pelbagai isu serta turut mengalami kerugian jutaan ringgit akibat tindakan individu atau kumpulan yang mensasarkan musim perayaan bagi melakukan aktiviti jenayah dan pelanggaran undang-undang di laut.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan Program Lawatan Tinjauan OP KHAS PAGAR LAUT di atas KM TUN FATIMAH di kawasan perairan Selangor hari ini.
Turut hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin.
Saifuddin turut berkata, kejayaan operasi Maritim Malaysia adalah berdasarkan kemampuan aset Agensi ini dalam melaksanakan operasi yang dijalankan.
Justeru beliau memaklumkan KDN telah mengambil tindakan dengan menambah aset-aset baharu dalam meningkatkan kawalan keselamatan dan CARILAMAT Maritim di Zon Maritim Malaysia.
Antaranya empat buah helikopter medium lift, sebuah kapal Multi Purpose Mission Ship (MPMS) serta baki dua buah kapal OPV.
Selain itu, Maritim Malaysia bakal menerima aset baharu iaitu dua buah New Generation Patrol Craft (NGPC), dua buah bot pemintas Pasukan Tindakan Khas(PTK) dan lima buah bot pemintas Rigid Hull Fenders Boat (RHFB).
Malah Maritim Malaysia juga bakal membawa pulang sebuah Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) dari US Coast Guard pada hujung tahun ini.
Terdahulu Saifuddin turut berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam menjaga ketenteraman awam, setiap agensi di bawah KDN telah diarahkan meningkatkan pengawasan serta pemantauan di seluruh negara termasuk di kawasan sempadan negara agar aktiviti jenayah dapat dibendung dengan sewajarnya.
Tindakan ini perlu kerana ancaman keselamatan kini tidak hanya bersifat tradisionaltetapi bersifat bukan tradisional yang sangat dinamik dan kompleks yang memerlukan agensi di bawah KDN mengambil tindakan pantas dan berkesan.
Sementara itu Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin memaklumkan selain penguatkuasaan, Maritim Malaysia turut bersiap sedia melaksanakan tugas CARILAMAT sekiranya berlaku insiden kapal atau bot yang membawa warga asing dari negara ini untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut lebaran nanti.
Ujar beliau, ini berikutan terdapat warga asing khususnya PATI dari negara jiran mengambil risiko untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dengan menaiki bot atau tongkang yang tidak mempunyai ciri keselamatan dan menggunakan laluan yang tidak diwartakan.
Tindakan ini jelas beliau boleh membahayakan keselamatan mereka dan berisiko untuk kehilangan nyawa.
Pada Khamis lalu, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru telah mengkoordinasikan CARILAMAT sebuah bot yang membawa 18 orang PATI karam di 11 batu nautika Barat Kuala Selangor.
Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Selangor.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

