LAHAD DATU, 30 Ogos – Seramai empat orang mangsa bot karam berjaya diselamatkanAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Lahad Datudalam satu kejadian yang berlaku pada sekitar jam 1.00 tengahari semalam.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi berkata, sebuah bot pam berwarna biru yang dinaiki oleh mangsa karam berdekatan perairan Kampung Puyut Lahad Datu, Sabah.
Ketika kejadian, bot terbabit membawa empat penumpang iaitu tiga penumpang wanita bersama seorang kanak-kanak.
Dipercayai kesemua mangsa tidak memakai jaketkeselamatan. Kejadian terbabit berjaya dikesan oleh Bot Peronda Maritim Malaysia yang beradaberhampiran kawasan kejadian.
Kerja-kerja menyelamat mangsa terus dilaksanakan dankesemua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
Maritim Malaysia menyeru kesemua rakyat Malaysia untuk mengutamakan pemakaian jaketkeselamatan ketika di laut. Pastikan bot yang dinaiki mempunyai jaket keselamatan.
Jaket keselamatan perlu disediakan di tempat-tempat yang berpotensi terjadinya bencana atau insiden yang melibatkan aktiviti air.
Zon Maritim Lahad Datu turut memohon kepada orang ramai khususnya komuniti maritim untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan aktiviti mencurigakan di laut kepada Zon Maritim Lahad Datu di talian 089-885727 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















.svg.png)

