PASIR PUTEH, 21 Ogos – Tiga lelaki yang dilaporkan tidak pulang ke jeti selepas menangkap ikan di perairan Kuala Kemasin semalam ditemui selamat dan dilaporkan berada di Pantai Belawan, Tak Bai , Thailand.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman berkata, bot yang mengalami kerosakan tersebut dipercayai dihanyutkan ke sempadan Malaysia-Thailand sebelum dibantu oleh nelayan negara berkenaan.
Rohimi bin Ahmad (47 tahun), Nik Muhammad Syafiqrullah bin Rohimi (21 tahun) dan Muhammad Amir Zulfikar bin Che Wil (29 tahun) berada dalam keadaan baik semasa ditemui.
Maritim Negeri Kelantan telah berhubung dengan pihak Royal Thai Marine Police (RTMP) Tak Bai untuk membantu mengiringi bot KNF 7086 ke Jeti RTMP Tak Bai sebelum diserahkan kepada Maritim Negeri Kelantan.
Bot mangsa telah tiba di Jeti RTMP Tak Bai pada pukul 1835H dan seterusnya diserahkan kepada Maritim Negeri Kelantan melalui Pos Maritim Pengkalan Kubor.
Berikutan kekurangan bahan bakar dan cuaca yang tidak mengizinkan, bot akan diiringi masuk ke Jeti Kuala Kemasin esok oleh Bot Maritim Perkasa 33.
Op CARILAMAT ini telah dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan anggota seramai 35 orang.
Maritim Negeri Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih atas penglibatan dan kerjasama agensi sahabat, rakan nelayan dan orang awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Op CARILAMAT kali ini. Tidak lupa jasa baik pihak Royal Thai Marine Police Tak Bai yang bekerjsama dalam pencarian ketiga-tiga mangsa ini.
Maritim Negeri Kelantan menasihatkan orang awam agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan semasa melakukan sebarang aktiviti di laut. Sebarang kecemasan boleh hubungi MERS 999 atau laporkan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-7780070.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

