KOTA TINGGI, 8 Ogos – Sebuah 'anchor boat' bersama lori tangki dipercayai membawa muatan kira-kira 28,000 liter diesel bersubsidi serta sebuah pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM3.3 juta telah disita Zon Maritim Tanjung Sedili kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pemindahan minyak secara haram lewat malam tadi.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, bertindak atas maklumat risikan bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak ke Muara Sungai Paloh, Pasir Gudang pada jam 12.30 tengah malam tadi bagi menyiasat aktiviti yang mencurigakan di kawasan itu.
Setiba bot ronda Maritim Malaysia di lokasi, terdapat sebuah 'anchor boat' dan sebuah lori tangki berada berhampiran dengan hos dan pam minyak bersambung antara satu sama lain.
Pemeriksaan lanjut mendapati, 'anchor boat' dikendalikan oleh tiga kru termasuk nakhoda terdiri daripada warga tempatan dan warga Indonesia berusia antara 29 hingga 64 tahun.
Ketiga-tiga suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen mengenai muatan diesel yang dipercayai dipindahkan dari lori tangki di lokasi berkenaan.
Maritim Malaysia turut menahan dua lagi suspek yang berada dalam pacuan empat roda di lokasi kejadian terdiri daripada seorang warga tempatan dan seorang warga Myanmar berumur 48 dan 58 tahun kerana disyaki turut terlibat dalam aktiviti haram ini.
Kesemua mereka telah ditahan pada jam 3.30 pagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 361(1) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Seksyen 135(c) Akta Kastam 1967, Peraturan 18 Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan lain-lain akta berkaitan.
Berdasarkan kejadian itu, Maritim Malaysia ingin menegaskan bahawa agensi ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam membendung penyelewengan dan ketirisan minyak bersubsidi.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

