KUANTAN, 6 Ogos – Seorang tekong dikhuatiri hilang manakala dua kru lagi selamat dalam insiden sebuah bot nelayan tempatan karam dalam kejadian di kedudukan 26.8 batu nautika perairan Kuala Pahang pada 3 Ogos lalu.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada pukul 3.10 petang semalam setelah Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima laporan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan berkaitan insiden tersebut dan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang beroperasi di sekitar lokasi berdekatan terus diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan operasi pencarian awal mangsa.
Berdasarkan maklumat daripada salah seorang mangsa yang selamat, bot berkenaan dikatakan telah dipukul ombak mengakibatkan ia terbalik sekitar pukul 2 pagi pada hari kejadian.
Situasi itu mengakibatkan dua mangsa yang terselamat itu sempat berpaut pada tong minyak dan hanyut kira-kira 14 batu nautika dari lokasi kejadian sebelum ditemui dan diselamatkan oleh bot nelayan tempatan berhampiran sekitar pukul 9 pagi.
Menurut mangsa juga, bot telah karam sepenuhnya dan mereka tidak pasti sama ada tekong, Mat Riffin bin Awang Kechik, 66, warga Thailand turut terjun ke laut atau tidak kerana ketika insiden tersebut tekong berada di dalam anjungan bot tidak barbaju dan hanya berkain pelikat. Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa tidak memakai jaket keselamatan.
Operasi CARILAMAT diteruskan dengan keluasan sektor pencarian hari kedua kira-kira 22.95 batu nautika persegi dengan membuat pemantauan di sekitar lokasi bot karam dan turut dibantu oleh bot nelayan tempatan.
Sebarang aduan dan maklumat berkenaan kejadian terbabit boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

