16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

OP MARDOF 2/2023 | 525 DISITA ANGGARAN LEBIH RM100 RIBU

KUALA TERENGGANU, 25 Julai – Sebanyak 525 sitaan melibatkan 74 keroncong mata pukat dan 451 bubu naga dengan nilai anggaran sejumlah lebih RM100 ribu telah dibuat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) hasil daripada 1,909 pemeriksaan yang telah dijalankan di darat dan di laut sempena OP MARDOF 2/2023 pada 13 Mac sehingga 26 Jun yang lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Haji Mohd Amin berkata, operasi bersepadu ini turut berjaya menahan 36 buah bot nelayan tempatan (BNT) di lima kawasan sektor operasi yang telah ditetapkan iaitu OP MARDOF UTARA, OP MARDOF BARAT, OP MARDOF TIMUR, OP MARDOF SABAH dan LABUAN serta OP MARDOF SARAWAK.

Beliau juga berkata, selain operasi di laut, pemeriksaan di jeti dan sesi libat urus dengan komuniti nelayan setempat, OP MARDOF 2/23 kali ini telah ditambahbaik dengan pelaksanaan sesi non-operational engagement iaitu sukan persahabatan antara Maritim Malaysia dan DOF di setiap sektor operasi yang telah dilaksanakan.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Tuan Haji Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, OP MARDOF 2/2023 telah memberikan impak yang positif dalam menangani kegiatan pencerobohan, perlanggaran syarat lesen dan lain-lain lagi kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau menambah, OP MARDOF adalah platform terbaik bagi kedua-dua agensi dalam perkongsian maklumat dan kepakaran antara pegawai dan anggota yang berada di lapangan khususnya ketika pelaksanaan fasa operasi di laut.

Berdasarkan kepada kejayaan daripada operasi kali ini, Maritim Malaysia dan DOF komited untuk terus melaksanakan operasi seumpama ini bagi memastikan kelestarian sumber perikanan negara dan keselamatan dalam sektor perikanan terpelihara.

Kedua-dua agensi ini turut menggesa kepada pihak yang terlibat dalam industri perikanan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan demi kebaikan bersama dan masa depan industri perikanan Malaysia.

 

OP MARDOF 5
 
OP MARDOF 6
 
OP MARDOF 2
 
OP MARDOF 4
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC