KUCHING, 22 Julai – Empat mayat ditemukan terapung di perairan Pulau Burung pada petang Sabtu, 22 Julai 2023.
Maritim Negeri Sarawak menerima maklumat daripada bot nelayan tempatan pada jam lebih kurang 1.15 petang, berkenaan penemuan tiga mayat terapung pada jarak 15 batu nautika timur laut Pulau Burung.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, sejurus menerima maklumat, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching mengatur gerakan KM KOTA KINABALU bersama aset agensi sahabat ke lokasi penemuan mayat.
Sekitar jam 2.30 petang, tiga mayat yang dilaporkan ditemukan oleh pasukan penyelamat dan dibawa ke jeti Awam Sebuyau.
Kemudian, sekitar jam 5.25 petang, KM KOTA KINABALU diarahkan ke sektor pencarian baharu dan menemukan satu lagi mayat.
Ketiga-tiga mayat yang belum dapat dikenal pasti identitinya itu diserahkan kepada pihak Polis Daerah Sebuyau dan pihak kesihatan untuk melakukan siasatan lanjut.
Tidak lama kemudian, satu lagi mayat dilaporkan dalam perjalanan ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) oleh KM KOTA KINABALU sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Untuk rekod, keluasan sektor pencarian adalah 130.28 batu nautika persegi.
Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) masih diteruskan bagi mencari baki mangsa masih hilang.
Sebanyak enam aset telah diatur gerakan untuk OP CARILAMAT hari ini melibatkan aset laut Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM) PDRM, Sarawak Coast Guard (SCG), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan kekuatan seramai 87 pegawai dan anggota.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden terbabit diminta segera menghubungi talian Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

