KUALA LINGGI, 17 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menumpaskan cubaan seludup rokok di Tanjung Sepat, Selangor awal pagi isnin.
Hasil maklumat risikan dan bantuan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) berjaya mengesan satu kontek curiga di laluan Traffic Separation Scheme (TSS) di syaki menuju ke Tanjung Sepat, Selangor pada jam lebih kurang 11.30 malam 14 Mei. Aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Op Murni/Op Tiris telah diatur gerak ke lokasi pengesanan sejurus menerima maklumat tersebut.
Sebaik menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, bot suspek telah cuba melarikan diri namun berjaya dipintas sehingga memaksa suspek bertindak memecut laju menuju ke kawasan bakau seterusnya berjaya meloloskan diri dalam hutan bakau. Keadaan cuaca yang gelap dan berlumpur menyukarkan pasukan operasi untuk mengesan suspek.
Bot pancung tanpa tekong dan awak-awak telah ditahan di kedudukan 0.07 batu nautika barat daya Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor pada jam lebih kurang 1.30 pagi. Pemeriksaan ke atas bot pancung tanpa nombor pendaftaran yang berwarna kelabu, menggunakan enam enjin 200 kuasa kuda jenama Yamaha dengan muatan disyaki rokok kretek.
Bot dan muatan seterusnya dirampas dan akan disiasat dibawah Akta Kastam 1967.
Kesemua rampasan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Jumlah keseluruhan kesemua rampasan termasuk bot, enam enjin, 4.27 juta batang rokok kretek pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih kurang RM3.15 juta.
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.
















.svg.png)

