KUANTAN, 25 April β Satu operasi penerbangan ihsan (πππππππ πΈπ£πππ’ππ‘πππ) bgi membawa seorang wanita mengandung dari Pulau Tioman ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan telah diaktifkan Maritim Malaysia, pagi semalam.
Helikopter jenis Agusta Westland AW139 telah diaturgerak bagi membawa pesakit, waris bersama tiga pegawai perubatan Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman ke Kuantan.
Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan menerima permohonan penerbangan ihsan pada 11.20 pagi untuk membawa pesakit yang bakal melahirkan anak dalam keadaan berisiko tinggi. Pesawat diterbangkan daripada Stesen Udara Maritim Subang dan tiba di Pulau Tioman pada pukul 1.45 petang.
Juruterbang pesawat, Leftenan Komander (M) Mohd Nurul Fakhri bin Abdul Hamid bersama pembantu juruterbang, Leftenan Komander (M) Muhammad Mahathir bin Ahmad beserta 2 kru udara berlepas dari Pulau Tioman ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 sekitar jam 3.25 petang sebelum disambut oleh pasukan perubatan HTAA serta pegawai dan anggota Maritim Negeri Pahang.
Respon pantas pasukan penyelamat di kala seluruh negara masih didalam suasana Hari Raya Aidilfitri membuktikan Maritim Malaysia bersedia segenap masa dan ketika sesuai dengan mottonya Mengawal, Melindung, Menyelamat.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober β Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

