LUMUT, 22 April – Bertugas pada Aidilfitri, bukan perkara asing buat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kes kecemasan di laut.
Justeru, Maritim Negeri Perak telah menerima lawatan oleh Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim sebagai pemberi semangat kepada anggota yang akan bertugas pada 1 Syawal ini.
Kunjungan ini juga bertujuan bagi memastikan anggota yang bertugas dalam musim perayaan sentiasa bersiap siaga dan komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya'akup, tugas ini perlu digalas dengan ikhlas demi menjaga kepentingan serta kedaulatan negara.
Tambah beliau, kebiasaannya pada musim perayaan, Maritim Malaysia berdepan dengan pelbagai kes kecemasan di laut yang memerlukan tindakan pantas dan maklum balas segera terhadap sebarang aduan yang dilaporkan.
Lawatan juga turut dilakukan ke pejabat anggota bot Maritim Negeri Perak di Kampung Acheh, Setiawan.
Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan sempat meluangkan masa bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada para anggota sebelum memulakan operasi di laut pada musim perayaan nanti.
Justeru, komuniti maritim diingatkan supaya peka terhadap cuaca dan sentiasa mengamalkan tatacara keselamatan di laut bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.
Sebarang kejadian kecemasan, orang ramai diminta untuk menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

