16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

OP KHAS PAGAR LAUT | ZON MARITIM TANJUNG SEDILI PATAHKAN CUBAAN KEMASUKAN PATI DAN ROMPAKAN

KOTA TINGGI, 11 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili berjaya patahkan dua kejadian jenayah maritim dalam operasi khas Aidilfitri yang dilancarkan sejak Sabtu lalu.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib bin Sam berkata tangkapan pertama telah dibuat pada 9 April lalu hasil dari maklumat Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) telah mengesan kontek curiga dari perairan Indonesia.

Aset Maritim Malaysia yang sedang beroperasi segera diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan bot kayu tersebut di kedudukan 5.4 batu nautika tenggara Tanjung Setapa pada jam 10.40 malam.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot kayu tanpa nombor pendaftaran itu membawa seramai lima lelaki warga Indonesia berumur antara 29 hingga 47 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI).

Bot dan PATI seterusnya ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu cuba keluar atau masuk Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan serta menjalankan penyeludupan migran.

Tangkapan kedua dilakukan sekitar jam 12.30 tengahari semalam melibatkan penahanan sebuah bot kayu di kedudukan 3.7 tenggara Tanjung Setapa kerana disyaki pecah masuk dan mencuri.

Aduan telah diterima oleh Zon Maritim Tanjung Sedili pada jam 12.00 tengah hari daripada nakhoda bot tunda TARGET 10 yang membawa muatan besi buruk dalam perjalanan ke Pulau Pinang memaklumkan tongkang mereka telah dihimpit beberapa buah bot dan dinaiki oleh beberapa suspek dipercayai untuk mencuri.

Bertindak atas aduan, aset Maritim Malaysia segera ke lokasi dan berjaya memintas sebuah bot kayu sarat dengan muatan besi buruk yang dicuri bersama dengan enam suspek lelaki warga Indonesia berumur antara 23 hingga 51 tahun.

Kesemua mereka ditahan dan kes akan disiasat di bawah seksyen380dan 445 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta pecah masuk. Jika didapati bersalah, boleh dipenjara tidak lebih sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan.

 

Tg Sedili 3   Tg Sedili 4   Tg Sedlili 2
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC