PASIR PUTEH, 14 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rokok putih berdasarkan maklumat risikan pada pagi Ahad lalu.Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang beroperasi telah menerima maklumat mengenai cubaan membawa masuk rokok yang disyaki tidak berkastam.Bertindak atas maklumat, pada pukul 3.45 pagi, bot peronda telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan yang bergerak perlahan memasuki muara Tumpat.Pihak Maritim Negeri Kelantan kemudiannya telah mengekori bot pancung berkenaan sehingga berdekatan Galeri Tengku Anis, Pengkalan Kubor bagi memerhatikan kegiatan bot tersebut. Hasil pemerhatian didapati bot pancung berkenaan sedang memindahkan bungkusan plastik hitam ke tebing sungai.Menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia, suspek terus melarikan diri. Bot peronda bertindak mengejar bot pancung berkenaan namun terpaksa dihentikan setelah suspek berjaya memasuki sempadan Negara Thailand.Bot peronda seterusnya berpatah balik ke lokasi pemindahan bungkusan plastik hitam. Tim darat turut digerakkan untuk membantu pemeriksaan.Pemeriksaan pada pukul 4.00 pagi mendapati terdapat 41 bungkusan plastik hitam mengandungi rokok putih disyaki tidak bercukai dipercayai diseludup daripada negara jiran. Kesemua bungkusan ini mengandungi lebih kurang 410,000 batang rokok putih dan dianggarkan bernilai RM428,450.00. Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.Maritim Negeri Kelantan akan terus komited memastikan perairan negeri Kelantan terpelihara daripada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang, salurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Kelantan di talian 09-778 0070.
![]()
![]()
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.













.svg.png)

