GEORGETOWN, 20 November – Pusat Operasi (PUSOP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, telah menerima panggilan daripada komuniti nelayan berkaitan penemuan mayat terapung berhampiran sangkar ikan Pulau Aman lebih kurang jam 9.00 pagi semalam.
Pengarah Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi bersama beberapa aset dari agensi sahabat.
Hasil pemeriksaan awal yang dilakukan ke atas mayat mendapati, mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dari Pendang, Kedah yang disyaki terjun laut dari jambatan pertama Pulau Pinang pada 17 November lebih kurang jam 5.00 petang lalu.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan disanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak Polis Perai untuk dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk proses bedah siasat serta siasatan lanjut.
Maritim Malaysia berterima kasih kepada agensi sahabat dari Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam yang turut serta membantu dalam kes penemuan tersebut.
Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat perlakuan jenayah daripada komuniti maritim serta kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999.
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.













.svg.png)

