SABAK BERNAM, 16 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah mengiringi sebuah kapal layar Lotus Mantra sehingga ke sempadan perairan Negeri Perak, petang tadi kerana mengalami kerosakan enjin akibat kebakaran di bilik jenteranya ketika belayar di perairan Sabak Bernam.Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada jam 2.00 pagi kerana kapal tersebut akan meneruskan pelayaran ke Pulau Pangkor dengan menggunakan layar sementara menunggu bantuan khidmat bot tunda untuk memasuki Pangkor Marina Malaysia (PMM) untuk pembaikan.Bot PERKASA 35 telah diatur gerak ke lokasi untuk membuat pemantauan dan seterusnya mengiringi kapal layar tersebut sehingga memasuki sempadan Negeri Perak bagi memastikan keselamatan kesemua penumpangnya.Berikut adalah maklumat para penumpang yang menaiki kapal berkenaan;1.Nama : Mark DraganJantina : LelakiWarganegara : United States of AmericaUmur : 55 tahun2.Nama : Hasslan NasirJantina : LelakiWargenegara : MalaysiaUmur : 62 tahun3.Nama : Zanarita NasirJantina : PerempuanWarganegara : MalaysiaUmur : 51 tahunPada jam 2.15 petang, bot PERKASA 35 ditugaskan untuk mengiringi kapal layar Lotus Mantra yang telah ditunda sehingga ke sempadan Perairan Perak dengan selamat.Maritim Malaysia selaku agensi yang bertanggung jawab dalam menyelamatkan harta benda dan nyawa, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi ini.Selain itu, orang ramai dan komuniti maritim diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut, terutamanya cakna dengan keadaan cuaca.Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

