KUCHING, 25 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak telah melaksanakan bantuan MEDEVAC kepada seorang kru kapal MT THERESA LIBRA yang mengalami kecederaan di bahagian jari dan pergelangan tangan semasa belayar di perairan Kuching.
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Sarawak menerima aduan daripada ejen kapal MT THERESA LIBRA yang berada di Singapura pada 23 Ogos sekitar jam 6.02 petang memohon bantuan bagi membawa kru yang tercedera ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.
Kru kapal yang mengalami kecederaan telah dipindahkan melalui titik pertemuan di antara aset bot Maritim Kilat 22 bersama kapal tangki terbabit di kedudukan 3.8 batu nautika timur laut Tanjung Po pada 24 Ogos jam 4.30 petang semalam.
Mangsa, Maung Maung Myint, 52, warga Myanmar, segera dibawa ke jeti Maritim Negeri Sarawak di KOMTAS sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans untuk rawatan lanjut. Bantuan MEDEVAC ditamatkan pada jam 5.40 petang semalam.
Berdasarkan maklumat awal diterima, lokasi kapal MT THERESA LIBRA itu dimaklumkan berada di sekitar 240 batu nautika utara Tanjung Po.
Maritim Malaysia sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kecemasan kepada komuniti maritim. Sekiranya terdapat sebarang kemalangan ataupun kecemasan di laut, boleh hubungi terus talian Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.



















.svg.png)

