S1 Bagaimanakah cara saya boleh menyertai APMM? J1 Pengambilan Pegawai Penguatkuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguatkuasa Maritim adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Calon-calon yang berminat boleh mengisi Borang SPA8i melalui laman web http://www.spa.gov.my untuk permohonan jawatan (sepanjang masa). APMM tidak membuat pengambilan secara terus. Pengambilan adalah di bawah tanggungjawab SPA sepenuhnya. S2 Apakah peranan utama APMM? J2 Peranan utama APMM adalah seperti yang terkandung di dalam misi agensi iaitu untuk Menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta benda di laut bagi memastikan kesejahteraan perairan negara. S3 Apakah kawasan perairan yang berada di bawah pengawasan APMM? J3 Kawasan yang berada di bawah pengawasan APMM adalah di dalam Zon Maritim Malaysia. S4 Di manakah Wilayah APMM berada di Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak? J4 APMM mempunyai 5 pejabat Wilayah iaitu di Utara (meliputi Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang), Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan), Selatan (Selangor, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan), Sarawak dan Sabah. APMM juga mempunyai pejabat daerah dan pangkalan-pangkalan di lokasi tertentu di seluruh persisiran pantai Malaysia. S5 Bagaimana untuk menghubungi pejabat Wilayah APMM? J5 Wilayah APMM boleh dihubungi mengikut maklumat seperti di berikut, sila klik di sini. S6 Apakah Piagam Pelanggan bagi APMM? J6 Sila klik di sini untuk melihat Piagam Pelanggan APMM. S7 Ada berapa jenis kapal yang dimiliki oleh agensi ini? J7 APMM mempunyai 10 jenis kapal dan bot iaitu Kelas Marlin, Kelas Sipadan, Kelas Langkawi, Kelas Malawali, Kelas Gagah, Kelas Penggalang, Kelas Peninjau, Kelas Pelindung, Kelas Penyelamat dan Kelas Kilat. S8 Apakah sistem pangkat yang dipakai oleh APMM? J8 Sistem pangkat APMM dikelaskan mengikut jenis pegawai iaitu Laksamana Maritim, Laksamana Madya Maritim, Laksamana Muda Maritim, Laksamana Pertama, Kepten Maritim, Komander Maritim, Leftenan Komander Maritim, Leftenan Maritim, Leftenan Madya Maritim, Leftenan Muda Maritim, Pegawai Waran I, Pegawai Waran II, Bintara Kanan, Bintara Muda, Laskar Kanan, Laskar Kelas I, Laskar Kelas II. S9 Mengapakah APMM ditubuhkan? J9 Sebelum penubuhan APMM, terdapat 8 buah agensi maritim yang melaksanakan penguatkuasaan lebih daripada 100 undang-undang persekutuan, perjanjian dan peraturan. Lapan agensi ini adalah TLDM, TUDM, Polis Marin, KDRM, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen. Bagi mengatasi pertindihan fungsi, bidang kuasa, kawasan operasi dan pembaziran kegunaan sumber, maka APMM ditubuhkan. Disamping itu, tugas koordinasi penguatkuasaan di laut dapat ditingkatkan. S10 Adakah Pengurusan APMM Mengambil Bekas Tentera Laut Secara Lantikan Kontrak Sekarang? J10 Ketika ini, pelawaan dibuka kepada Bekas/Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)/Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengisi jawatan secara lantikan kontrak jawatan-jawatan seperti berikut: 1. Leftenan Komander Maritim Gred X20 2. Leftenan Maritim Gred X17 Syarat-syarat permohonan: Mempunyai pangkat yang setara dengan jawatan di atas sebelum bersara atau tamat tempoh perkhidmatan tauliah jangka pendek. Mempunyai markah 80% ke atas bagi LNPT tiga tahun berturut-turut sebelum bersara/tamat perkhidmatan. Bebas daripada tindakan tatatertib. Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang siasatan dan pendakwaan, Pegawai Pemerintah Kapal atau juruterbang/Pelatih Juruterbang (Helikopter). S11 Apakah Jawatan yang ditawarkan dalam Maritim Malaysia dan tangga gaji yang ditawarkan? J11 Sila klik di sini untuk melihat lebih Lanjut Jawatan yang ditawarkan beserta tangga gaji :
1) Leftenan Maritim Gred X17 - http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1198
2) Leftenan Muda Maritim Gred X13 - http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Diploma/3340
3) Laskar Kelas II Maritim Gred X1 - http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3198S12 Apakah peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia ? J12 Antara peranan dan tanggungjawab Agensi ini adalah :
i. Menguatkuasa undang2 dan ketenteraman Persekutuan
ii. Mencari dan menyelamat
iii. Mencegah perlakuan jenayah
iv. Membantu pasukan keselamatan lain dlm membenteras jenayah
v. Menjalankan pengawasan udara dan pantai
vi. Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada agensi yg memerlukan
vii. Menubuh dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai maritim
viii.Pencegahan pencemaran maritim
ix. Pencegahan dan penyekatan perlanunan
x. Pencegahan dan penyekatan pengedaran dadahS13 Apakah Strategi Maritim Malaysia untuk mencapai Visi APPM iaitu menjadi Agensi Maritim Terbaik Di Dunia ? J13 Maritim Malaysia mengimplementasi strategi berikut kearah mencapai visi menjadi antara agensi maritim yang terbaik didunia :
i. Maritime Domain Awareness
ii. Visible Deterence
iii. Swift responce
iv. Ever present
v. Forward reaching
vi. Maritime community cooperationS14 Di manakah Kawasan Pentadbiran dan Tanggungjawab Maritim Malaysia J14 Kawasan tanggungjawab maritim Agensi di bahagikan kepada 5 wilayah iaitu Utara, Selatan, Timur, Sarawak dan Sabah. Seterusnya dibahagikan lagi kepada 18 daerah maritim iaitu DM1 hingga DM18. Untuk memantapkan lagi perintah kawalan dan keberkesanan fungsi dan tugas, kawasan daerah maritim tersebut diletak di bawah Wilayah Maritim masing-masing. i. Wilayah Maritim Utara : DM1, DM2 dan DM3
ii. Wilayah Maritim Selatan : DM4, DM5, DM6 dan DM7
iii.Wilayah Maritim Timur : DM8, DM9 dan DM10
iv.Wilayah Maritim Sarawak : DM11, DM12 dan DM13
v. Wilayah Maritim Sabah : DM14, DM15 dan DM16, DM17, DM18
KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952
MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA
MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA
LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN
35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG
DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN
ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN
OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN
KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’
KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.
Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.