18
Sab, Mei

Grid List

KM MULIA KEMBALI PERKUKUHKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN | OPERASI BERSAMA AADK DAERAH PORT DICKSON

UBAH SUAI TANGKI MINYAK, BOT NELAYAN SERTA KRU WARGA LAOS DITAHAN

BOT NELAYAN DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING

DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP MINYAK PETROL

60 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NGERI PERAK

10 KRU WARGA MYANMAR DITAHAN DALAM OP BERSEPADU DI PULAU PINANG

MARITIM PULAU PINANG TINGKAT KERJASAMA DENGAN POLIS MARIN BATU UBAN

PULAU PINANG, 3 MEI – Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Razali bin Kasim mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander Markas Polis Marin (PPM) Batu Uban, iaitu ACP Rusley bin Chi Ari semalam.

Delegasi Maritim Negeri Pulau Pinang disambut oleh Ketua Bahagian Kepolisan Am iaitu DSP Pakharuddin Amri bin Sanusi dan Ketua Operasi, ASP Mohd Puzi bin Din di Markas PPM Batu Uban.

Tujuan lawatan kerja rasmi ini adalah bagi berkongsi perkembangan situasi penguatkuasaan Kawasan Operasi Maritim Malaysia (KOM) terutamanya di perairan negeri Pulau Pinang dan menjadi platform kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan kerjasama sebagai sahabat strategik.

Selain itu, tinjauan turut diadakan ke aset-aset serta sesi suai kenal dengan anggota bot dan kapal oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang di jeti PPM Batu Uban.

Dalam pada itu, prasarana bagi keperluan penempatan aset kapal dan bot akan dipertingkatkan demi memantapkan kelangsungan operasi bagi jangka masa panjang.

 

MN PP PPM 2
 
MN PP PPM 3
 
MN PP PPM 4

 

 

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA APMM – JLM WILAYAH TIMUR

KUANTAN, 2 MEI – Satu Mesyuarat Jawatankuasa kerja (JKK) antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang dengan Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Timur telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Pulau Tioman, pagi tadi.

Mesyuarat telah dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki dan Timbalan Pengarah Jabatan Laut Wilayah Timur, Encik Mohd Azhan bin Abdullah.

Mesyuarat yang telah berlangsung selama tiga jam itu membincangkan beberapa isu penting bagi penyelesaian dan tindakan bersama antaranya isu sport fishing di Terengganu, bot nelayan karam di break water Kemaman dan di perairan Tok bali serta kes-kes berkaitan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Selain itu turut dibincangkan juga mengenai penguatkuasaan secara bersepadu, pertukaran maklumat dan perancangan aktiviti bersama antara agensi dan jabatan pada masa hadapan.

 

JK APMM JLM UTARA 2   JK APMM JLM UTARA 3   JK APMM JLM UTARA 3

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH MARITIM NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 1 MEI – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan oleh Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom yang menanggung tugas sebagai Pengarah Maritim Negeri kepada Kepten Maritim Razali bn Kasim sebagai Pengarah Maritim Negeri yang baharu pagi semalam.

Majlis itu disaksikan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah yang turut dalam rangka lawatan kerja rasmi di sini.

Terdahulu Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom dalam ucapannya berharap agar warga kerja Maritim Negeri Pulau Pinang meneruskan kecemerlangan di bawah kepimpinan pengarah yang baharu nanti.

Untuk makluman, Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom telah menanggung tugas sejak 10 Julai 2023 sehingga 23 April 2024 dan kini meneruskan tugasan beliau sebagai Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang.

Seluruh warga Maritim Negeri Pulau Pinang. merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom di atas kepimpinan beliau sebelum ini dan menyambut kehadiran Pengarah baharu, Kepten Maritim Razali bin Kassim.

 

PMN PP BARU

PREVENTIVE SAR | PROGRAM BERSEPADU KEMPEN KESELAMATAN BOT DAN PENUMPANG DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

KUANTAN, 2 MEI – Maritim Negeri Pahang menerusi Maritime Rescue Coordinating Center (MRSC) Kuantan bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Timur, Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Jabatan Taman Laut Pulau Tioman telah terlibat dalam Kempen Keselamatan Bot dan Penumpang yang dilaksanakan di sekitar perairan Pulau Tioman, semalam.

Objektif kempen yang dilaksanakan adalah untuk memastikan bot penumpang yang digunakan oleh pengusaha pelancongan di sekitar perairan Pulau Tioman sentiasa mematuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan serta mempunyai sijil atau lesen yang sah semasa beroperasi.

Ini bagi memastikan keselamatan para pelancong dan penumpang bot sentiasa dalam keadaan yang terbaik.

Sepanjang kempen, sebanyak 21 buah bot dan feri telah diperiksa manakala sebanyak dua kompaun telah dikeluarkan ke atas bot-bot yang melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Turut hadir bersama sepanjang kempen adalah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Negeri Pahang, Leftenan Komander Maritim Mohd Zulhairy bin Abd Halim, Ketua Bahagian Operasi Maritim Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur, Puan Nor Bahirah binti Muhd Razali serta wakil pegawai dan anggota dari PGM dan Jabatan Taman Laut Pulau Tioman.

 

  SAR KTN   SAR KTN 3   SAR KTN 2

MARITIM MALAYSIA HADIR PELANCARAN PAMERAN ANTARABANGSA MARITIM DAN AEROANGKASA LANGKAWI (LIMA’2025)

KUALA LUMPUR, 26 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia hadir menyaksikan sendiri Majlis Pelancaran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA' 2025) di Wisma Perwira, Jalan Semarak, hari ini.

Mewakili Maritim Malaysia yang menghadiri pelancaran tersebut ialah Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari Ahmad Omar.

Menerusi acara tersebut, LIMA '25 dijadualkan berlangsung bermula 20 hingga 24 Mei tahun hadapan dengan membawa tema 'Innovate Today, Thrive Tomorrow'.

Hadir sama dalam pelancaran itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, YB Adly Zahari; Pengerusi Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd, Leftenan Jeneral TUDM (Bersara) Dato’ Sri Hj Sabri Adam; Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman serta tetamu kehormat yang lain.

 

LIMA SOFT LAUNCHED 2
 
LIMA SOFT LAUNCHED 4
 
LIMA SOFT LAUNCHED 5

Lebih banyak artikel..

Grid List

PENGARAH ZON MARITIM LAHAD DATU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (CAAM)

LAHAD DATU, 17 MEI – Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna binti Razali Chan telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Operasi Pengurusan Navigasi Udara (BOPNU) iaitu Encik Khairul A’amali bin Ismail semalam.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Pengurus Tawau (ARSC), Pengurus Lahad Datu (CAAM Lahad Datu), Penolong Pengarah Kanan Kota Kinabalu (ARCC) serta berberapa pegawai SAR CAAM.

Ini merupakan kunjungan hormat buat julung kalinya dari pihak CAAM sejak ditubuhkan ke Zon Maritim Lahad Datu.

Pertemuan dua hala ini melibatkan Unit Search and Rescue (SAR) CAAM yang berperanan menerajui dan menjalankan operasi SAR Aeronautika serta mengkoordinasikan operasi bersama Agensi SAR Kebangsaan.

Selain mengeratkan lagi persefahaman dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara pihak Maritim Malaysia dan CAAM, turut dibincangkan berkaitan kerjasama dan prosedur semasa CARILAMAT kemalangan udara terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob, Timbalan Pengarah Zon (Siasatan), Leftenan Maritim Muhammad Yasir bin Mahamad Najib dan Pegawai Seksyen Operasi, Leftenan Madya Maritim Lawai Mering.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan sedia ada yang terjalin di antara kedua-dua pihak.

 

ZMLD CAAM 2
 
ZMLD CAAM 3
 
ZMLD CAAM 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC