18
Sab, Mei

Grid List

KM MULIA KEMBALI PERKUKUHKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN | OPERASI BERSAMA AADK DAERAH PORT DICKSON

UBAH SUAI TANGKI MINYAK, BOT NELAYAN SERTA KRU WARGA LAOS DITAHAN

BOT NELAYAN DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING

DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP MINYAK PETROL

60 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NGERI PERAK

10 KRU WARGA MYANMAR DITAHAN DALAM OP BERSEPADU DI PULAU PINANG

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK UMT KE MARITIM NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 30 Januari – Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu hari ini.

Pertemuan ini adalah bertujuan bagi mewujudkan kerjasama kepakaran di antara Maritim Malaysia dan UMT dalam bidang akademik terutamanya peluang kepada anggota dan pegawai untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian pasca - siswazah maritim, kajian dan penyelidikan.

Delegasi UMT yang hadir diberi taklimat oleh Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali mengenai fungsi dan peranan Maritim Malaysia.

Diikuti lawatan ke sekitar jeti Maritim Negeri Terengganu sebelum diakhiri dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderamata sebagai simbolik hubungan baik yang sedia terjalin erat di antara kedua-dua pihak.

 

UMT KUNJUNG 2
 
UMT KUNJUNG 3

 

 

SOUTHEAST ASIA REGIONAL SAR WORKSHOP PERKASA KEUPAYAAN CARILAMAT MARITIM SERANTAU

KUALA LUMPUR, 26 Januari – Berdasarkan dorongan untuk memperkasakan keupayaan CARILAMAT maritim di rantau Asia Tenggara, Maritim Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia telah menganjurkan Southeast Asia Regional SAR Workshop pada 22 hingga 24 Januari 2024 lalu bertempat di Inter Continenal Hotel, Kuala Lumpur.

Bengkel yang julung kalinya diadakan itu telah menghimpunkan 30 orang wakil agensi penyelamat daripada Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Pegawai pemerhati daripada Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Korean Police Attache juga hadir terlibat bengkel berkenaan.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh pakar daripada United States Coast Guard yang merangkumi bidang CARILAMAT dan Maritime Mass Rescue Operation (MMRO). Wakil Maritim Malaysia turut melaksanakan perkongsian mengenai penerbitan Pelan MMRO.

Selesai bengkel, negara Filipina dan Vietnam telah menyatakan hasrat ingin bekerjasama dengan Malaysia melalui kursus CARILAMAT, latihan CARILAMAT (SAREX), latihan komunikasi CARILAMAT (SARCOMEX), perkongsian kaedah pengoperasian sistem perancangan CARILAMAT (SAROPS) dan pembangunan Pelan MMRO.

Penganjuran bengkel tersebut mencerminkan keseriusan Maritim Malaysia dan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan agensi-agensi penyelamat di samping memperkasakan keupayaan CARILAMAT di perairan Asia Tenggara. Ini adalah demi memastikan keselamatan pelaut di perairan negara-negara serantau, selaras dengan keperluan konvensyen antarabangsa seperti International Convention for the Safety of Life at Sea (SOLAS 1974).

 

SAR WORKSHOP   SAR WORKSHOP 2   SAR WORKSHOP 3

 

 

LAWATAN INSTITUT KESELAMATN AWAM MALAYSIA (IPSOM) KE MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 26 Januari – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima lawatan daripada Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), pagi tadi.

Delegasi IPSOM disambut oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man serta pegawai-pegawai operasi Maritim Negeri.

Lawatan itu bertujuan melihat penugasan Maritim Malaysia ketika operasi di sempadan perairan negara dan mengenalpasti skop penugasan serta aset yang digunakan semasa operasi dijalankan.

Selain itu, lawatan tertumpu di kawasan hotspot pendaratan PATI yang mana dapat membantu kajian yang dijalankan dari segi aspek bentuk muka bumi kawasan dan kaedah yang digunakan bagi kegiatan pendaratan PATI.

Turut hadir Prof. IR. TS. DR Ahmad Athif Mohd Faudzi (UTM), TS. DR. Khaironi Yatim Sharif (UPM), DR Muhammad Luqman Mahamad Zakaria (UPM) dan beberapa staf dari IPSOM.

 

IPSOM LANGKAWI 2
 
IPSOM LANGKAWI 3

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KM SRI AMAN DAN KM MENGALUM

KUCHING, 29 Januari – Maritim Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KM SRI AMAN dan KM MENGALUM bertempat di ruang legar Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pagi tadi.

Majlis itu telah disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus.

Serah terima tugas telah dilakukan di antara Pegawai Memerintah KM SRI AMAN, Leftenan Komander Maritim Md Nor bin Ismail dan Pegawai Laksana KM SRI AMAN Leftenan Maritim Mohd Aidil Mustakim bin Ismail.

Dalam majlis sama, serah terima tugas bagi KM MENGALUM telah dilakukan di antara Pegawai Memerintahnya, Leftenan Komander Maritim Jessica binti Beludi dan Pegawai Memerintah KM MENGALUM yang baharu, Leftenan Komander Maritim Ahmad Faiz bin Mohd Basri.

Turut hadir dalam majlis itu ialah barisan Pegawai Memerintah kapal dan pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.

 

SERAH KAPAL   SERAH KAPAL 2   SERAH KAPAL 3   SERAH KAPAL 4

 

 

MARITIM MALAYSIA ANJUR KURSUS BERSAMA U.S. BUREU OF INTERNATIONAL NARCOTICS AND LAW ENFORCEMENT AFFAIRS

KUCHING, 26 Januari  – Maritim Malaysia bersama ‘U.S. Bureau of International Narcotics and Law Enforcement Affairs’ (INL), Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus ‘Engineering Logistics and Admin’ (ELA) selama 12 hari bermula 15 hingga 26 Januari di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).

Kursus ini melibatkan 24 peserta dari Maritim seluruh negara dan 4 orang tenaga pengajar pakar daripada ‘United State Coast Guard Training Centre’.

Objektif utama pelaksanaan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, Kemahiran pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas-tugas melibatkan pengurusan kejuruteraan di peringkat unit dan perkhidmatan sambil menegaskan kepentingan pentadbiran logistik kejuruteraan yang lebih berkesan dan teratur dalam menjayakan tugasan berkaitan tersebut.

Perlaksanaan kursus ini telah dibahagikan kepada dua fasa meliputi fasa teori dan praktikal.

Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa mewakili Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus dan Jim Duval mewakili Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

 

INL KUCHING   INL KUCHING 4   INL KUCHING 6   INL KUCHING 8

Lebih banyak artikel..

Grid List

PENGARAH ZON MARITIM LAHAD DATU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (CAAM)

LAHAD DATU, 17 MEI – Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna binti Razali Chan telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Operasi Pengurusan Navigasi Udara (BOPNU) iaitu Encik Khairul A’amali bin Ismail semalam.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Pengurus Tawau (ARSC), Pengurus Lahad Datu (CAAM Lahad Datu), Penolong Pengarah Kanan Kota Kinabalu (ARCC) serta berberapa pegawai SAR CAAM.

Ini merupakan kunjungan hormat buat julung kalinya dari pihak CAAM sejak ditubuhkan ke Zon Maritim Lahad Datu.

Pertemuan dua hala ini melibatkan Unit Search and Rescue (SAR) CAAM yang berperanan menerajui dan menjalankan operasi SAR Aeronautika serta mengkoordinasikan operasi bersama Agensi SAR Kebangsaan.

Selain mengeratkan lagi persefahaman dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara pihak Maritim Malaysia dan CAAM, turut dibincangkan berkaitan kerjasama dan prosedur semasa CARILAMAT kemalangan udara terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob, Timbalan Pengarah Zon (Siasatan), Leftenan Maritim Muhammad Yasir bin Mahamad Najib dan Pegawai Seksyen Operasi, Leftenan Madya Maritim Lawai Mering.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan sedia ada yang terjalin di antara kedua-dua pihak.

 

ZMLD CAAM 2
 
ZMLD CAAM 3
 
ZMLD CAAM 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC