18
Sab, Mei

Grid List

KM MULIA KEMBALI PERKUKUHKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN | OPERASI BERSAMA AADK DAERAH PORT DICKSON

UBAH SUAI TANGKI MINYAK, BOT NELAYAN SERTA KRU WARGA LAOS DITAHAN

BOT NELAYAN DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING

DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP MINYAK PETROL

60 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NGERI PERAK

10 KRU WARGA MYANMAR DITAHAN DALAM OP BERSEPADU DI PULAU PINANG

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIR ISTIADAT PENGEBUMIAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM

ALOR SETAR, 12 Februari – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin telah menghadiri istiadat pengebumian jenazah Allahyarham Kepten Maritim Mohd Sofian bin Yusof yang meninggal dunia pagi semalam.

Upacara pengebumian didahului dengan istiadat kawalan jenazah yang diketuai oleh Komander Maritim Ismail bin Hamzah yang melibatkan 26 orang pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Zon Maritim Kuala Kedah dan Zon Maritim Kuala Perlis.

Terdahulu, sesi bedah siasat jenazah Allahyarham telah dilaksanakan di Hospital Besar Pulau Pinang dan selesai pada pukul 6.30 petang semalam.

Jenazah telah dimandikan dan dikafankan di hospital dan seterusnya dibawa ke Masjid Arafah, Kampung Lana Bulu, Ayer Hitam, Kedah pada pukul 7.45 malam untuk disembahyangkan.

Allahyarham meninggalkan balu, Puan Azryna binti Abdullah dan seorang anak perempuan berumur 16 tahun.

Istiadat ini bertujuan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Kepten (M) Mohd Sofian Bin Yusof.

Pemergian Allahyarham merupakan satu perkhabaran duka dan kehilangan besar buat seluruh warga kerja Maritim Malaysia.

Semoga segala bakti yang telah ditabur kepada Negara mendapat keberkatan dan seluruh warga Maritim Malaysia mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah S.W.T. dan tergolong dikalangan mereka yang beriman.

Turut mengiringi ziarah kebajikan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Laksamana Madya Maritim, Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta beberapa lagi pegawai kanan dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Mengakhiri istiadat, Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah telah menyerahkan Ensign Maritim Malaysia kepada ibu kandung Allahyarham sebagai tanda peringatan dan penghargaan atas jasa bakti yang telah dicurahkan oleh Allahyarham kepada APMM.

 

ISTIADAT PENGEBUMIAN 2   ISTIADAT PENGEBUMIAN 3   ISTIADAT PENGEBUMIAN 4   ISTIADAT PENGEBUMIAN 5

KURSUS LANJUTAN KEPAKARAN DETEKTIF MARITIM MALAYSIA

PORT DICKSON, 9 Februari – Kursus Lanjutan Kepakaran Detektif Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Siri 1/2024 anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM) Ibu Pejabat Maritim Malaysia telah diadakan bermula dari 4 hingga 9 Februari 2023 di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) di sini, baru-baru ini.

Kursus ini telah dihadiri oleh 40 pegawai dan anggota detektif Maritim Malaysia termasuk peserta jemputan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Kursus yang melibatkan teori dan simulasi kes secara praktikal ini melibatkan tenaga pengajar dan fasilitator yang terdiri daripada pegawai dan anggota detektif BSJM.

Antara objektif penganjuran kursus ini adalah memberi pendedahan berkaitan peranan dan tanggungjawab pegawai siasatan dan anggota detektif menerusi latihan simulasi di lapangan dalam melengkapkan fail kes detektif seperti mana yang terkandung dalam Garis Panduan Kerja Detektif (GPKD) Maritim Malaysia.

Para peserta juga didedahkan dengan cara penugasan detektif, kaedah pengawasan (Surveillance), Agent Provocateur (AP), pengurusan fail kes, teknik soal siasat, First Crime Responder, pengurusan dan pengendalian sumber menerusi simulasi kes pengedaran dadah dan juga penyeludupan migran.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus yang turut dihadiri oleh Pengarah AIMM, wakil Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK serta wakil Bahagian Penguatkusaan Operasi, JIM.

 

WhatsApp Image 2024 02 09 at 3.49.19 PM   WhatsApp Image 2024 02 09 at 3.49.17 PM 2   WhatsApp Image 2024 02 09 at 3.49.19 PM 1   WhatsApp Image 2024 02 09 at 3.49.16 PM 1

PROGRAM KHAS ISRAK MIKRAJ WARNAI HUT19 MARITIM MALAYSIA

BATU PAHAT, 7 Februari – Zon Maritim Batu Pahat telah menganjurkan Majlis Doa Selamat dan Ceramah Khas Israk dan Mikraj sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-19 Maritim Malaysia bertempat di Bilik Gunasama, Zon Maritim Batu Pahat hari ini.

Majlis dimulakan dengan ceramah khas bertajuk ‘Penerapan Nilai-Nilai Murni Sempena Israk Mikraj’ yang disampaikan oleh penceramah jemputan, YBhg. Ustaz Amirudin bin Ahmad.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff bin Mohd Yunus berkata, majlis itu dianjurkan bagi memohon kepada Allah SWT keberkatan, kesejahteraan, keselamatan para pegawai dan anggota yang menjaga perairan maritim negara.

Beliau menambah, program itu dijayakan bagi mengajak semua warga Zon Maritim terutamanya yang beragama Islam untuk bersama-sama menghayati makna di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj.

Majlis diadakan untuk memahami dan menghayati salah satu Mukjizat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, peristiwa Israk dan Mikraj serta menteladani akhlak mulia Baginda Rasullullah S.A.W sebagai panduan dalam hidup dan penugasan di lapangan.

 

WhatsApp Image 2024 02 07 at 5.55.24 PM   WhatsApp Image 2024 02 07 at 5.55.25 PM   WhatsApp Image 2024 02 07 at 5.55.26 PM

STESEN UDARA MARITIM SUBANG (SUMS) MENGANJURKAN KEMPEN ‘TEMPAT KERJA BEBAS DADAH’ DENGAN KERJA SAMA AADK

SUBANG, 7 Februari – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) telah mengadakan kempen 'Tempat Kerja Bebas Dadah' dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Negeri Selangor baru-baru ini.

Tujuan penganjuran program ini adalah bagi memupuk kesedaran, mendidik warga kerja SUMS khususnya penjawat awam bagi mengelak aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi undang-undang.

Seramai empat pegawai AADK Negeri Selangor mengendalikan program yang telah dihadiri oleh warga SUMS termasuk pegawai, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan penyelenggaraan pesawat.

Selain sesi ceramah antara pengisian lain ialah pameran dan sesi soal jawab serta perkongsian maklumat mengenai kempen yang melibatkan penjawat awam.

Turut dipaparkan dalam pameran yang disediakan ialah senarai pelbagai jenis dadah dan bahan-bahan terlarang termasuk peralatan yang berkaitan dalam penyalah gunaan dadah tersebut.

 

SUMS DADAH   SUMS DADAH 2   SUMS DADAH 4

ZON MARITIM BINTULU | MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI FOKUS KOLABORASI ANTARA MARITIM MALAYSIA DAN RAKAN STRATEGIK

BINTULU, 7 Februari – Majlis Perhimpunan Bulanan Zon Maritim Bintulu telah diadakan dengan memfokuskan kepada kerjasama strategik di antara Maritim Malaysia dan agensi sahabat, di mana perhimpunan bulan Februari dihoskan oleh KM SETIA.
Pegawai Memerintah KM SETIA, Leftenan Komander Maritim Mohd Naiem bin Razak berkata, kerjasama antara Maritim Malaysia dan agensi sahabat adalah penting dalam menjalankan tugas operasi di laut.
“Perkongsian ilmu dan kemahiran seperti yang ditunjukkan dalam perhimpunan kali ini amat penting dalam memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak,” katanya dalam ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Zon Maritim Bintulu yang diadakan semalam.
Seperti yang diamanatkan oleh Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan, setiap unit diberi tanggungjawab untuk menganjurkan perhimpunan bulanan secara bergilir yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada setiap unit di Zon Maritim Bintulu dalam menganjurkan sesuatu majlis.
Kelainan dalam pengisian perhimpunan kali ini ialah sesi ceramah mengenai Teknik CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) dan pengetahuan bantuan awal kecemasan serta keselamatan oleh panel jemputan dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Leftenan Muda (PA) Dominic Jonica Jani dan Staf Muda (PA) Mohamad Khairul Bin Raini.
Tujuan sesi ini adalah sebagai menambah pengetahuan dan kemahiran nilai tambah kepada warga ZMB ketika bertugas.
WhatsApp Image 2024 02 07 at 2.29.15 PM   WhatsApp Image 2024 02 07 at 2.29.15 PM 1   WhatsApp Image 2024 02 07 at 2.29.16 PM 1
 

Lebih banyak artikel..

Grid List

PENGARAH ZON MARITIM LAHAD DATU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (CAAM)

LAHAD DATU, 17 MEI – Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna binti Razali Chan telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Operasi Pengurusan Navigasi Udara (BOPNU) iaitu Encik Khairul A’amali bin Ismail semalam.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Pengurus Tawau (ARSC), Pengurus Lahad Datu (CAAM Lahad Datu), Penolong Pengarah Kanan Kota Kinabalu (ARCC) serta berberapa pegawai SAR CAAM.

Ini merupakan kunjungan hormat buat julung kalinya dari pihak CAAM sejak ditubuhkan ke Zon Maritim Lahad Datu.

Pertemuan dua hala ini melibatkan Unit Search and Rescue (SAR) CAAM yang berperanan menerajui dan menjalankan operasi SAR Aeronautika serta mengkoordinasikan operasi bersama Agensi SAR Kebangsaan.

Selain mengeratkan lagi persefahaman dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara pihak Maritim Malaysia dan CAAM, turut dibincangkan berkaitan kerjasama dan prosedur semasa CARILAMAT kemalangan udara terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob, Timbalan Pengarah Zon (Siasatan), Leftenan Maritim Muhammad Yasir bin Mahamad Najib dan Pegawai Seksyen Operasi, Leftenan Madya Maritim Lawai Mering.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan sedia ada yang terjalin di antara kedua-dua pihak.

 

ZMLD CAAM 2
 
ZMLD CAAM 3
 
ZMLD CAAM 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC