09
Kha, Mei

Grid List

DSA & NATSEC ASIA 2024 | PEROLEHAN EMPAT HELIKOPTER AW 189 BAKAL TINGKAT OPERASI UDARA MARITIM

DSA & NATSEC ASIA 2024 | TENGKU MAHKOTA PAHANG MENCEMAR DULI KE RERUAI MARITIM MALAYSIA

BOT NELAYAN MELAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN DITAHAN MARITIM NEGERI SELANGOR

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT TEMPATAN, GAJI EMPAT WARGA ASING TANPA PERMIT

ZON MARITIM TAWAU | DUA BOT NELAYAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

DSA & NATSEC ASIA 2024 | MENTERI DALAM NEGERI LAWAT RERUAI MARITIM MALAYSIA

DSA & NATSEC ASIA 2024 | PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MARITIM MALAYSIA DIIKTIRAF DUNIA

VESEL ASING INDONESIA DITAHAN MARITIM NEGERI SARAWAK

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
Grid List

DUA ANGGOTA MARITIM MALAYSIA SERTAI PASUKAN HOKI MAKSAK SARAWAK KE KEJOHANAN SUKAN KEBANGSAAN

KUCHING, 9 MEI – Dua anggota Maritim Negeri Sarawak iaitu Laskar Kanan Maritim Mohd Adha bin Mohamed Zabidi dari KM MENGALUM dan Laskar Kanan Maritim Mohd Yusriza bin Alias dari KM KOTA KINABALU terpilih menyertai kontijen Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak ke Perlis.

Kedua-dua anggota Maritim Malaysia itu terlibat dalam sukan hoki di Kejohanan Peringkat Kebangsaan MAKSAK GAMES 2024 yang bermula hari ini sehingga 12 Mei di Kangar.

Terdahulu satu Majlis Penyerahan Bendera Kontijen MAKSAK Sarawak ke kejohanan itu telah diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak dekat sini, semalam.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Yang di Pertua MAKSAK Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki.

Turut hadir menyaksikan penyerahan bendera kontijen ialah Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak merangkap Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak, Haji Semawi Haji Mohamad.

Bagi edisi kejohanan kali ini, MAKSAK Sarawak menghantar seramai 19 orang pegawai dan peserta bagi sukan Hoki dan 11 orang pegawai dan peserta bagi sukan Berbasikal.

Tahniah dah syabas diucapkan kepada kedua-dua anggota yang terlibat, secara tidak langsung mengharumkan nama Maritim Malaysia ke persada sukan penjawat awam di peringkat kebangsaan.

(Kredit gambar : MAKSAK Sarawak)

 

APMM MAKSAK SARAWAK 2 
APMM MAKSAK SARAWAK 3
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC