Johor Bahru 9 Feb – Sebagai usaha untuk memastikan semua pegawai berada ditahap memuaskan, Kerajaan melalui Surat Perkeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2003 Pegawai Perkhidmatan Awam yang berumur 40 tahun dan ke atas digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa.
|
|
|
Labuan, 08 Feb 2010 – Pada pagi ini DM14 telah mengadakan perhimpunan bulanan yang kedua. KM Adil telah diberikan tanggungjawab bagi menjayakan perhimpunan kali ini di bawah seliaan Pegawai Laksana, Lt. (M) Mohd Faizal b. Ahmad. Perhimpunan bulanan ini telah diadakan di Bilik Gym DM14.
|
|
|
Labuan, 04 Feb 2010 – Satu taklimat kewangan mengenai tuntutan perjalanan telah diadakan di Pejabat Daerah Maritim Labuan ( DM 14 ). Taklimat ini adalah anjuran Unit Kewangan DM14 yang telah diadakan di Bilik Kuliah DM14 bermula 8.30 pagi lagi.
|
|
|
KUANTAN, 4 Feb; Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksma Maritim Dato’ Ismail bin Hamzah telah menyampaikan cek Khairat Kematian Allahyarham LK Maritim Jabarul Bin Muhamad kepada Balunya, Puan Norsahiza binti Ibrahim di rumah beliau di Felda Chini Timur Satu, Pekan, Pahang.
|
|
|
Lumut 5 Feb : Satu majlis penyerahan tugas Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3 Lumut telah diadakan di bilik mesyuarat bangunan PPPM pada hari selasa yang lalu. Pada majlis penyerahan tugas oleh Kept (M) Abd Razak bin Lebai Omar kepada Kept (M) Ang Cheng Hwa tersebut turut disaksikan oleh Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Utara iaitu Laksamana Pertama(M) Zulkifli bin Abu Bakar serta anggota-anggota DM 3 dan para wakil media.
|
|
|