18
Sab, Mei

Grid List

KM MULIA KEMBALI PERKUKUHKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN | OPERASI BERSAMA AADK DAERAH PORT DICKSON

UBAH SUAI TANGKI MINYAK, BOT NELAYAN SERTA KRU WARGA LAOS DITAHAN

BOT NELAYAN DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING

DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP MINYAK PETROL

60 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NGERI PERAK

10 KRU WARGA MYANMAR DITAHAN DALAM OP BERSEPADU DI PULAU PINANG

LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH ANGGOTA DAN PEGAWAI BAHAGIAN PERISIKAN MARITIM (MIND) IBU PEJABAT PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 20 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sentiasa berusaha meningkatkan integriti Agensi demi menaikkan imej dan kewibawaan warganya.

Justeru, satu Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diadakan oleh Bahagian Perisikan Maritim (MIND) Ibu Pejabat Maritim Putrajaya pagi tadi.

Pelaksanaan IBR ini merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai usaha Agensi ke arah memerangi jenayah rasuah dalam perkhidmatan awam khususnya dan masyarakat amnya.

Lafaz ikrar itu diketuai oleh Leftenan Madya Maritim Mohd Azfar Bin Mohd Razab dan turut melibatkan semua pegawai dan anggota MIND diikuti sesi menandatangani dokumen IBR yang disaksikan oleh Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Di akhir Majlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi menyampaikan ucapan dengan menzahirkan peringatan dan nasihat agar setiap pegawai dan anggota MIND dapat menghayati lafaz ikrar yang diucapkan dan dokumen IBR yang ditanda tangani agar dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan.

 

POK WI IKRAR

PELAN PERANCANGAN MIND – RISLA PERKASA KESELAMATAN MARITIM

PUTRAJAYA, 20 Februari – Satu mesyuarat perisikan antara Bahagian Perisikan Maritim (MIND) Maritim Malaysia dan Bahagian Perisikan Laut (RISLA) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah diadakan melibatkan 14 pegawai yang mewakili kedua-dua perkhidmatan yang bertempat di Putrajaya, semalam.

Dilaksanakan dua kali setahun, mesyuarat itu bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan keselamatan dan penguatkuasaan yang berlaku di perairan negara sebagai platform bertukar-tukar maklumat antara kedua-dua pihak.

Dipengerusikan oleh Pengarah MIND, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah bersama Asisten Ketua Staf (AKS) RISLA, Laksamana Pertama Zahari bin Hj. Samsuri, mesyuarat turut membincangkan berkaitan perancangan pembangunan kapisiti dalam usaha memampankan lagi pengoperasian khas khususnya dalam konteks perisikan di antara dua agensi ini.

Diharapkan kerjasama dan momentum Maritim Malaysia dan agensi sahabat lain dalam usaha menjaga keselamatan perairan negara dapat dikekalkan dan terus meningkat sehingga ke masa akan datang

 

MIND RISLA

STESEN UDARA MARITIM MALAYSIA – KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PASKAU TUDM

SUBANG, 16 Februari – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) menerima Kunjungan Hormat delegasi Pasukan Khas Udara (PASKAU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah PASKAU Kolonel Muhammad Mustafa bin Omar TUDM bersama pegawai-pegawai kanan dari Markas Pemerintah Operasi Udara dan Markas Rejimen TUDM.

Delegasi disambut oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara (BOU) Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Syed Islam Bin Shahajam bersama Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Mohd Ikmal Bin Ridzuan dan pegawai-pegawai kanan dari SUMS.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kerjasama taktikal terutamanya dalam operasi menyelamat maritim yang melibatkan elemen Rescue Specialist (RS).

Selain kolaberasi operasi menyelamat maritim di antara PASKAU dan APMM terutamanya dalam bidang Rescue Specialist serta perkongsian dan persefahaman berkaitan taktik, teknik dan prosedur (TTP) menyelamat di permukaan air.

Juga disentuh dalam pertemuan itu mengenai usaha merangka Standard Operating Procedures (SOP) bersama, merancang latihan bersepadu yang bertujuan bagi meningkatkan keupayaan kedua-dua pasukan serta memastikan operasi menyelamat maritim dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisen.

 

PASKAU KE SUMS   PASKAU KE SUMS 3   PASKAU KE SUMS 5

KUNJUNGAN HORMAT WAKIL PERANCIS KE IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 19 Februari – Delegasi daripada perwakilan diplomatik Republik Perancis di Malaysia yang diketuai Regional Attache For Civil Protection And Crisis Management, Mr. Jean Michel Dumaz telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Dalam kunjungan hormat itu beliau telah membincangkan pelbagai perkara berkaitan penguatkuasaan maritim dan hal ehwal CARILAMAT bersama barisan pengurusan tertinggi Maritim Malaysia bagi memperkukuhkan lagi hubungan erat di antara Agensi dengan pihak Kedutaan Perancis di Malaysia.

Delegasi Kedutaan Perancis yang hadir pada jam 2.30 petang itu disambut oleh Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus, Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun dan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.

Di akhir pertemuan, kedua-dua pihak mengadakan sesi bergambar dan bertukar-tukar cenderamata sebagai simbolik hubungan baik dan positif di antara kedua-dua pihak hasil daripada pertemuan yang telah diadakan itu.

 

PERANCIS LAWAT   PERANCIS LAWAT 2   PERANCIS LAWAT 5   PERANCIS LAWAT 6

HUT 19 | SAMBUTAN PERINGKAT MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 17 Februari – Maritim Negeri Sarawak tidak ketinggalan mengadakan sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-19 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan pelbagai pengisian program menarik sepanjang Februari ini.

Walaupun Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) menjadi tuan rumah lokasi sambutan HUT ke-19 di peringkat kebangsaan, namun bagi anggota Maritim Malaysia di Maritim Negeri dan Zon Maritim; tarikh keramat - 15 Februari turut diraikan dengan cara tersendiri.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus, Majlis Doa Selamat dan pengisian ceramah Israk Mikraj membuka tirai sambutan HUT-19 bagi MN sarawak.

Jelasnya, penganjuran program dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Negeri Sarawak itu diadakan bertempat di Masjid Darul Naim, Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) pada 14 Februari.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan surah yasin dan tahlil, seterusnya sesi ceramah khas yang disampaikan oleh Pegawai Dakwah Unit Latihan HIKMAH Sarawak, Ustaz Haji Sarbini Dahlan yang bertajuk 'Jejak Perjalanan Rasulullah S.A.W'.

Pada 15 Februari, satu Majlis Perbarisan Khas telah diadakan di Dewan Santubong yang dihadiri oleh seluruh warga Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak (IPMNS) yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi MN Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.

Perbarisan yang bermula pada jam 8 pagi itu dibuka dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Mohd Syahrul Ehsan bin Abdullah, seterusnya ucapan, nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Maritim Perkasa.

Pada 17 Februari, sambutan HUT-19 MN Sarawak diteruskan dengan Hari Terbuka Kapal Maritim di Jeti Maritim Negeri Sarawak.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan acara sampingan berbentuk sukan dan riadah iaitu pertandingan memancing ‘Joran Master KOMTAS’, pertandingan E-Sukan dan terdapat juga reruai jualan, pameran kerjaya serta sesi taklimat kempen ‘preventive SAR’.

Untuk makluman kepada komuniti nelayan dan masyarakat setempat yang tinggal di bandar Kuching, pada 22 Februari nanti bertempat di Dewan Santubong IPMNS, satu Program Derma Darah akan diadakan bermula pada jam 9.00 pagi.

Diharapkan dengan penganjuran pelbagai program yang disusun sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-19 Maritim Malaysia yang bertemakan 'Maritim Perkasa Melestarikan Madani' pada kali ini bakal mencapai objektif seperti yang diharapkan.

 

MN SARAWAK HUT19 2   MN SARAWAK HUT19 4   MN SARAWAK HUT19 5   MN SARAWAK HUT19 6

Lebih banyak artikel..

Grid List

PENGARAH ZON MARITIM LAHAD DATU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (CAAM)

LAHAD DATU, 17 MEI – Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna binti Razali Chan telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Operasi Pengurusan Navigasi Udara (BOPNU) iaitu Encik Khairul A’amali bin Ismail semalam.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Pengurus Tawau (ARSC), Pengurus Lahad Datu (CAAM Lahad Datu), Penolong Pengarah Kanan Kota Kinabalu (ARCC) serta berberapa pegawai SAR CAAM.

Ini merupakan kunjungan hormat buat julung kalinya dari pihak CAAM sejak ditubuhkan ke Zon Maritim Lahad Datu.

Pertemuan dua hala ini melibatkan Unit Search and Rescue (SAR) CAAM yang berperanan menerajui dan menjalankan operasi SAR Aeronautika serta mengkoordinasikan operasi bersama Agensi SAR Kebangsaan.

Selain mengeratkan lagi persefahaman dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara pihak Maritim Malaysia dan CAAM, turut dibincangkan berkaitan kerjasama dan prosedur semasa CARILAMAT kemalangan udara terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob, Timbalan Pengarah Zon (Siasatan), Leftenan Maritim Muhammad Yasir bin Mahamad Najib dan Pegawai Seksyen Operasi, Leftenan Madya Maritim Lawai Mering.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan sedia ada yang terjalin di antara kedua-dua pihak.

 

ZMLD CAAM 2
 
ZMLD CAAM 3
 
ZMLD CAAM 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC