18
Sab, Mei

Grid List

KM MULIA KEMBALI PERKUKUHKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN | OPERASI BERSAMA AADK DAERAH PORT DICKSON

UBAH SUAI TANGKI MINYAK, BOT NELAYAN SERTA KRU WARGA LAOS DITAHAN

BOT NELAYAN DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING

DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP MINYAK PETROL

60 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NGERI PERAK

10 KRU WARGA MYANMAR DITAHAN DALAM OP BERSEPADU DI PULAU PINANG

19 ANGGOTA LLP PERINGKAT LASKAR SERTAI KURSUS KEJURUTERAAN MARIN TAHAP DUA

KUANTAN, 11 Mac – Kursus Kejuruteraan Marin Tahap Dua telah melabuhkan tirainya pada 5 Mac lalu setelah berlangsung selama 16 hari di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang bermula pada 19 Februari 2024.

Penganjuran kursus ini adalah melalui pelaksanaan Dasar Pembangunan Standard Kemahiran dan Kerjaya Pegawai Penguatkuasa APMM (DPKM) serta menyokong program pembelajaran sepanjang hayat khususnya untuk kepakaran Kejuruteraan Marin dalam kalangan anggota APMM.

Selain membangunkan potensi dan kerjaya Pegawai Lain-lain Pangkat (LLP) APMM berkonsepkan kompetensi dan penilaian dengan kepakaran khusus terarah kepada Kejuruteraan Marin.

Kursus ini telah disertai seramai 13 anggota berpangkat Laskar Kanan Maritim dan enam anggota lagi berpangkat Laskar Kelas I Maritim berkepakaran Teknikal Marin.

Pelaksanaan Kursus melibatkan sesi pembelajaran secara teori di AMSAS dan latihan praktikal dengan kerjasama Institusi Latihan Awam (ILA) melalui 'Program Time Sector Privatization' (TSP).

Majlis penutup dan penyampaian sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Ketua Sub Kluster Lanjutan Pegawai, Kluster Pengajian Pengurusan & Profesional AMSAS, Komander Maritim Tan Ah Bik.

Latihan Praktikal secara 'Hand’s On' juga telah dilaksanakan bertempat di Bahagian Kejuruteraan Perkapalan, Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 Mac lalu.

 

AMSAS MARINE ENG 5   AMSAS MARINE ENG   AMSAS MARINE ENG 3

AMSAS BERSAMA AUSTRALIA BORDER FORCE (ABF) KONGSI KEPAKARAN DALAM BIDANG LATIHAN

KUANTAN, 11 Mac – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) menganjurkan Kursus Intermediate Interdiction Siri 13 Bil 1/2024 selama lapan hari bermula pada 26 Februari hingga 6 Mac lalu.

Kursus ini telah disertai seramai 24 peserta terdiri daripada 22 pegawai Maritim Malaysia dari seluruh negara dan penglibatan dua pegawai dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dalam kursus ini juga dihadiri oleh dua jurulatih dari Marine, Maritime and Littoral Faculty, Australian Border Force College (ABF College) sebagai pemerhati dan turut berkongsi ilmu mengenai penguatkuasaan terutamanya melibatkan 'Vessel Search Techniques' dan juga pemantapan kaedah pembelajaran dan pengajaran kepada jurulatih 'Mobile Training Team' (MTT) serta 'Interdiction APMM'.

Objektif kursus ini adalah menitik beratkan pengetahuan secara teori dan praktikal standard operating procedure (SOP) penggeledahan di mana peserta akan mengikuti beberapa latihan simulasi menggeledah bagi memberikan pendedahan apabila berdepan dengan situasi sebenar di lapangan.

Di akhir sesi, para peserta diuji bagi menilai tahap pemahaman dan pengetahuan sepanjang kursus.

Majlis penutupan kursus ini disempurnakan oleh Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj. Md Fauzi bin Othman.

 

AMSAS ABF TRAINING   AMSAS ABF TRAINING 2   AMSAS ABF TRAINING 4   AMSAS ABF TRAINING 5

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH BAHAGIAN IBU PEJABAT APMM YANG BAHARU

PUTRAJAYA, 8 Mac – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diadakan petang tadi di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Putrajaya.

Dalam majlis itu empat pengarah bahagian dan seorang Pengarah Maritim Negeri telah menerima dan menyerahkan tugas dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) di mana Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony telah menyerahkan tugas kepada Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Seterusnya untuk Bahagian Perisikan (MIND), serah tugas telah diadakan di antara Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus menerima tugas dari Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Majlis diteruskan dengan penyerahan tugas Pengarah Bahagian Pembangunan di antara Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Ramly menyerahkan tugas kepada Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus.

Sebagai makluman, Laksamana Pertama Zulinda mengambil alih tugas sebagai Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB).

Seterusnya, majlis penyerahan tugas Pengarah BCLBB berlangsung di antara Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun dengan Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Ramly.

Majlis diteruskan dengan penyerahan tugas Pengarah Bahagian Kejuruteraan oleh Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab kepada Laksamana Pertama Maritim Hamizan.

Untuk makluman Laksamana Pertama Maritim Mazlan dilantik sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baharu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pengarah bahagian dan Pengarah Maritim Negeri yang baharu dilantik.

 

SERAH TUGAS APMM 13   SERAH TUGAS APMM 8   SERAH TUGAS APMM 15   SERAH TUGAS APMM 16

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN CERAMAH ISTIQBAL RAMADAN

PUTRAJAYA, 8 Mac – Berbaki tiga hari lagi sebelum seluruh umat Islam di negara ini menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.

Bagi mengimarahkan sambutan Ramadan tahun ini, Seksyen Kerohanian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Surau Darul Ilmi APMM telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Ceramah Istiqbal Ramadan pagi tadi.

Program yang berlangsung kira-kira dua jam itu telah diadakan secara fizikal dan dalam talian bertempat di ruang solat Surau Darul Ilmi Ibu Pejabat Maritim Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Integriti, Ustaz Mohd Ariffin bin Ramdzan.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Istiqbal Ramadan bersama Syeikh Mukhtar Jamel dan diterjemahkan oleh Ustaz Darwisy Muhyiddin.

Antara yang hadir ke Majlis ini ialah Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah yang turut menyampaikan cenderahati kepada penceramah sebagai tanda kenang-kenangan di akhir program.

Diharapkan dengan program kerohanian seperti ini dapat memberikan lebih banyak ilmu secara tidak langsung menambah lebih kefahaman terhadap ajaran Islam sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga Maritim Malaysia.

 

ISTIQBAL RAMADAN   ISTIQBAL RAMADAN 2   ISTIQBAL RAMADAN 3   ISTIQBAL RAMADAN 5

MARITIM MALAYSIA TERIMA MIKROSKOP UNTUK TINGKAT KEUPAYAAN AGENSI

PUTRAJAYA, 7 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima sebuah mikroskop daripada Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) sebagai usaha dalam meningkatkan keupayaan agensi melalui satu Mesyuarat Akhir Pasukan Penyelaras Bersama (JCT) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Penyerahan itu dilakukan oleh Ketua Perwakilan Pejabat JICA Malaysia, Sugawara Minako kepada wakil Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus dengan disaksikan oleh Pakar Teknikal JICA, Komander Tateishi Ryosuke.

Ahmad Faridi berkata, mesyuarat JCT diadakan sebagai salah satu keperluan dalam Program Kerjasama Teknikal (TCP) bagi melaporkan pencapaian atau kemajuan aktiviti dan latihan untuk agensi bagi tahun 2021 hingga 2024.

Tambah beliau, majlis tersebut turut menandakan kemuncak bagi usaha kolektif Maritim Malaysia merangkumi penggal 2021-2024, khususnya untuk ‘Peningkatan Kapasiti Operasi Komprehensif Maritim Malaysia’..

Jelas Ahmad Faridi, memandangkan projek tersebut akan berakhir pada Mac 2024, Maritim Malaysia berhasrat meneruskan kerjasama agensi dengan JICA dan Japan Coast Guard (JCG) melalui satu lagi Program Kerjasama Teknikal bagi tahun 2024 hingga 2026 untuk meningkatkan keupayaan dan kepakaran tenaga kerja dan aset.

Beliau berharap kesemua program yang dirancang akan dilaksanakan dan dijalankan dengan jayanya sebagai strategi untuk mengukuhkan kepakaran jurulatih, pakar subjek di samping memastikan kemampanan latihan.

Turut hadir, Setiausaha Pertama Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur, Morioka Hiroshi, Pakar JICA Maritim Malaysia untuk penggal 2024 -2026, Komander Taro Kono; Wakil JICA Malaysia, Egawa Zenjiro; Pegawai dan anggota JICA melalui sidang video dalam talian serta Pengarah dan rakan pegawai.

 

JICA MIKROSKOP 2   JICA MIKROSKOP 4   JICA MIKROSKOP 5   JICA MIKROSKOP 6

Lebih banyak artikel..

Grid List

PENGARAH ZON MARITIM LAHAD DATU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (CAAM)

LAHAD DATU, 17 MEI – Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna binti Razali Chan telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Operasi Pengurusan Navigasi Udara (BOPNU) iaitu Encik Khairul A’amali bin Ismail semalam.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Pengurus Tawau (ARSC), Pengurus Lahad Datu (CAAM Lahad Datu), Penolong Pengarah Kanan Kota Kinabalu (ARCC) serta berberapa pegawai SAR CAAM.

Ini merupakan kunjungan hormat buat julung kalinya dari pihak CAAM sejak ditubuhkan ke Zon Maritim Lahad Datu.

Pertemuan dua hala ini melibatkan Unit Search and Rescue (SAR) CAAM yang berperanan menerajui dan menjalankan operasi SAR Aeronautika serta mengkoordinasikan operasi bersama Agensi SAR Kebangsaan.

Selain mengeratkan lagi persefahaman dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara pihak Maritim Malaysia dan CAAM, turut dibincangkan berkaitan kerjasama dan prosedur semasa CARILAMAT kemalangan udara terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob, Timbalan Pengarah Zon (Siasatan), Leftenan Maritim Muhammad Yasir bin Mahamad Najib dan Pegawai Seksyen Operasi, Leftenan Madya Maritim Lawai Mering.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan sedia ada yang terjalin di antara kedua-dua pihak.

 

ZMLD CAAM 2
 
ZMLD CAAM 3
 
ZMLD CAAM 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC