18
Sab, Mei

Grid List

KM MULIA KEMBALI PERKUKUHKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN | OPERASI BERSAMA AADK DAERAH PORT DICKSON

UBAH SUAI TANGKI MINYAK, BOT NELAYAN SERTA KRU WARGA LAOS DITAHAN

BOT NELAYAN DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING

DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP MINYAK PETROL

60 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NGERI PERAK

10 KRU WARGA MYANMAR DITAHAN DALAM OP BERSEPADU DI PULAU PINANG

LAWATAN RASMI DAN KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI SARAWAK KE PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK

KUCHING, 9 MEI – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh telah mengadakan lawatan rasmi dan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS), Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan di Bangunan Sultan Iskandar dekat sini hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan juga Pegawai Memerintah KM TUN FATIMAH yang baharu Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan.

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan di antara Maritim Malaysia dengan Setiausaha Persekutuan Sarawak sebagai kunjungan pertama Pengarah Maritim Negeri yang baharu bagi membincangkan isu-isu berkaitan penguatkuasaan maritim di negeri itu.

Diharapkan dengan lawatan kerja yang dilakukan ini dapat meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat di antara kedua-dua pihak selain menjadi interprentasi bahawa Maritim Malaysia sentiasa komited dan bersiap siaga di Zon Maritim Malaysia.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan menandatangani buku lawatan, pertukaran cenderamata serta sesi bergambar sebagai simbolik hubungan yang erat di antara Maritim Negeri Sarawak dan Setiausaha Persekutuan Sarawak.

 

WhatsApp Image 2024 05 09 at 4.43.53 PM   WhatsApp Image 2024 05 09 at 4.43.54 PM   WhatsApp Image 2024 05 09 at 4.47.19 PM

DUA ANGGOTA MARITIM MALAYSIA SERTAI PASUKAN HOKI MAKSAK SARAWAK KE KEJOHANAN SUKAN KEBANGSAAN

KUCHING, 9 MEI – Dua anggota Maritim Negeri Sarawak iaitu Laskar Kanan Maritim Mohd Adha bin Mohamed Zabidi dari KM MENGALUM dan Laskar Kanan Maritim Mohd Yusriza bin Alias dari KM KOTA KINABALU terpilih menyertai kontijen Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak ke Perlis.

Kedua-dua anggota Maritim Malaysia itu terlibat dalam sukan hoki di Kejohanan Peringkat Kebangsaan MAKSAK GAMES 2024 yang bermula hari ini sehingga 12 Mei di Kangar.

Terdahulu satu Majlis Penyerahan Bendera Kontijen MAKSAK Sarawak ke kejohanan itu telah diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak dekat sini, semalam.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Yang di Pertua MAKSAK Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki.

Turut hadir menyaksikan penyerahan bendera kontijen ialah Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak merangkap Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak, Haji Semawi Haji Mohamad.

Bagi edisi kejohanan kali ini, MAKSAK Sarawak menghantar seramai 19 orang pegawai dan peserta bagi sukan Hoki dan 11 orang pegawai dan peserta bagi sukan Berbasikal.

Tahniah dah syabas diucapkan kepada kedua-dua anggota yang terlibat, secara tidak langsung mengharumkan nama Maritim Malaysia ke persada sukan penjawat awam di peringkat kebangsaan.

(Kredit gambar : MAKSAK Sarawak)

 

APMM MAKSAK SARAWAK 2 
APMM MAKSAK SARAWAK 3

PROGRAM PREVENTIVE SAR | SEMBANG SANTAI BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KAMPUNG LUAK, MIRI SARAWAK

MIRI, 8 MEI – Zon Maritim Miri mengadakan program sembang santai bersama komuniti nelayan yang dihadiri oleh 30 komuniti nelayan terdiri daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), nelayan-nelayan bot fiber dan tradisional serta pemancing rekreasi di Kampung Luak pada 7 Mei (Selasa).

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platform bagi mendengar aduan dan berkongsi maklumat mengenai isu-isu berkaitan keselamatan di laut selain menjadi ruang menyampaikan informasi ‘Preventive SAR’.

Turut hadir ke program ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri, Leftenan Komander Maritim Muhd Firdaus bin Saniman, wakil Pengerusi dan ahli-ahli Persatuan Nelayan Kampung Luak dan Luput serta anggota Zon Maritim Miri.

Dalam slot ‘Preventive SAR’, pegawai Zon Maritim Miri turut menyampaikan taklimat secara santai dan mengedarkan risalah keselamatan kepada komuniti maritim yang hadir.

Di akhir program kesemua peserta mengambil gambar sebagai kenang-kenangan sebagai simbolik hubungan yang baik terjalin hasil daripada penganjuran pertemuan ini.

Diharapkan dengan penganjuran program ini dapat mencapai objektifnya dalam menyelami keluhan dan aduan komuniti maritim setempat selain menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat sebagai mata dan telinga pihak penguat kuasa.

 

WhatsApp Image 2024 05 08 at 11.24.21 AM
 
WhatsApp Image 2024 05 08 at 11.24.21 AM 2

PAMERAN KERJAYA PUPUK MINAT MURID, KENALI PERANAN MARITIM MALAYSIA

KUCHING, 8 MEI – Maritim Negeri Sarawak telah menyertai pameran kerjaya di Sekolah Kebangsaan Goebilt anjuran Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya sempena Karnival Bahasa Melayu 2024 di sekolah itu, pagi tadi.

Pameran yang bermula pada jam 9 pagi hingga 1.30 tengah hari itu dihadiri 300 orang murid, ibu bapa dan kakitangan sekolah.

Antara agensi lain yang turut terlibat ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Objektif penglibatan Maritim Malaysia dalam pameran ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada golongan murid dan masyarakat mengenai peranan dan tugas yang dilaksanakan Agensi.

Dalam pameran itu, Maritim Malaysia mempamerkan beberapa pucuk senjata, pakaian operasi dan peralatan penyelam penyelamat yang digunakan ketika melakukan tugas penguatkuasaan dan CARILAMAT di laut.

Diharapkan dengan penglibatan Maritim Malaysia dalam pameran seperti ini, mampu menarik minat para murid untuk memilih kerjaya sebagai anggota Maritim, menanam cita-cita dan menimba ilmu dengan lebih tekun sekaligus membantu memberikan gambaran jelas mengenai peranan Agensi secara bersemuka.

 

KUCHING PUPUK 2   KUCHING PUPUK 4   KUCHING PUPUK 5   KUCHING PUPUK 7

DSA & NETSAC ASIA 2024 | MARITIM MALAYSIA KUNJUNGI RERUAI DESAN SHIPYARD & TURKISH AEROSPACE

KUALA LUMPUR, 6 MEI - Maritim Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi reruai pengeluar-pengeluar kapal terbesar seperti Turkey iaitu Desan Shipyard. 
Sesi lawatan di reruai tersebut diwakili oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim bersama barisan pengurusan tertinggi Maritim Malaysia. 
Tidak ketinggalan, lawatan diteruskan lagi dengan mengunjungi reruai Turkey Aerospace yang mempamerkan pelbagai jenis pesawat berserta teknologi terkini yang digunakan dalam operasi pertahanan dan keselamatan. 
Reruai Turkey Aerospace itu turut menyaksikan pertemuan bilateral antara Maritim Malaysia bersama Timbalan Menteri Pertahanan Turkiye, Dr. Celal Sami TüFEKCi dan Laksamana Muda (UH) Cengiz FİTOZ yang merupakan Timbalan Komandan Turkey Coast Guard.
TURKISH DSA
 
TURKISH DSA 4
 
TURKISH DSA 3
 

Lebih banyak artikel..

Grid List

PENGARAH ZON MARITIM LAHAD DATU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (CAAM)

LAHAD DATU, 17 MEI – Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna binti Razali Chan telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Operasi Pengurusan Navigasi Udara (BOPNU) iaitu Encik Khairul A’amali bin Ismail semalam.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Pengurus Tawau (ARSC), Pengurus Lahad Datu (CAAM Lahad Datu), Penolong Pengarah Kanan Kota Kinabalu (ARCC) serta berberapa pegawai SAR CAAM.

Ini merupakan kunjungan hormat buat julung kalinya dari pihak CAAM sejak ditubuhkan ke Zon Maritim Lahad Datu.

Pertemuan dua hala ini melibatkan Unit Search and Rescue (SAR) CAAM yang berperanan menerajui dan menjalankan operasi SAR Aeronautika serta mengkoordinasikan operasi bersama Agensi SAR Kebangsaan.

Selain mengeratkan lagi persefahaman dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara pihak Maritim Malaysia dan CAAM, turut dibincangkan berkaitan kerjasama dan prosedur semasa CARILAMAT kemalangan udara terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob, Timbalan Pengarah Zon (Siasatan), Leftenan Maritim Muhammad Yasir bin Mahamad Najib dan Pegawai Seksyen Operasi, Leftenan Madya Maritim Lawai Mering.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan sedia ada yang terjalin di antara kedua-dua pihak.

 

ZMLD CAAM 2
 
ZMLD CAAM 3
 
ZMLD CAAM 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC