KUANTAN, 7 Mac - Sebuah bot nelayan asing Vietnam yang menggunakan nombor pendataran tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang di kedudukan lebih kurang 40 batu nautika di perairan Pahang, awal pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, semasa rondaan OP KUDA LAUT di perairan Pahang, KM SATRIA telah mengesan dua bot yang mencurigakan sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan disyaki bot nelayan asing.
KM SATRIA bertindak menghampiri dan kedua-dua bot tersebut bertindak memadamkan lampu dan cuba melarikan diri. Namun KM SATRIA berjaya memintas sebuah bot yang mempamerkan nombor pendaftaran tempatan PAF 4286 pada kedudukan kira- kira 40 batu nautika di timur laut Kuala Rompin, awal pagi semalam.
Semasa pemeriksaan dilakukan, tekong telah menunjukkan dokumen lesen vesel dan peralatan menangkap ikan, namun pasukan geledah Maritim Malaysia mendapati dokumen tersebut meragukan berikutan nombor siri enjin bot berbeza dengan yang tercatat di dalam lesen.
Pemeriksaan ke atas 25 kru termasuk tekong mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan kesemuanya disyaki warga Vietnam berumur antara 19 hingga 59 tahun.
Hasil pemeriksaan terhadap bot tersebut menemui peralatan menangkap ikan serta hasil laut dengan keseluruhan nilai dianggarkan RM1.5 juta.
Bot, peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan serta 25 kru ditahan dan diiring masuk ke Zon Maritim Kemaman untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan selanjutnya.
Kes akan disiasat di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang membawa hukuman denda sehingga RM6 juta ke atas tekong dan RM600,000 ke atas setiap kru kerana tidak memiliki sebarang permit untuk beroperasi di perairan di Malaysia.
Kes juga akan disabitkan dengan Akta Imigresen 1959/1963 Seksyen 6(1)(c) yang membawa denda RM10,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya serta boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam sebatan kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.
Menurut Amran, menggunakan nombor pendaftaran palsu atau bot klon menjadi salah satu modus operandi nelayan Vietnam untuk mengaburi pihak berkuasa. Namun sifat dan struktur fizikal bot nelayan Vietnam berbeza dengan bot nelayan tempatan serta tindakan mereka yang mencurigakan membolehkan penguat kuasa mengesan atau menghidu aktiviti mereka di perairan negara
Masyarakat diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
![]()
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN
VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
MENTERI DALAM NEGERI KETUAI TINJAUAN KESELAMATAN ESSZONE BERSAMA WAKIL 10 NEGARA, EU
SANDAKAN, 10 Ogos – Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, hari ini mengetuai lawatan tinjauan keselamatan ke Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Selingan bersama 14 wakil dari 10 negara serta Kesatuan Eropah (EU) bagi meninjau sendiri tahap keselamatan, kesiapsiagaan agensi keselamatan dan keberkesanan kawalan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).
Lawatan tersebut turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd. Majid @ Razali; Ketua Staf Bahagian Operasi Laut Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Laksamana Pertama Maritim Abdul Razak Mohamed; Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, serta pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Maritim Malaysia dan agensi keselamatan berkaitan.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada delegasi antarabangsa mengenai situasi keselamatan semasa, tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan serta keberkesanan mekanisme kawalan yang dilaksanakan bagi memastikan ESSZONE kekal selamat, stabil dan kondusif.
Rombongan bertolak dari Jeti Maritim Malaysia, Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan menuju ke Pulau Bakungan Kecil sebelum meneruskan lawatan ke Pulau Selingan.
Di Pulau Bakungan Kecil, delegasi diberikan walking brief berkaitan aspek keselamatan kawasan sebelum menerima taklimat daripada Taman-Taman Sabah mengenai pengurusan kawasan perlindungan marin, usaha pemuliharaan biodiversiti dan pembangunan ekopelancongan. Rombongan turut menandatangani buku pelawat, menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada petugas serta mengadakan sesi bergambar.
Lawatan kemudiannya diteruskan ke Pulau Selingan bagi meninjau kawasan penetasan penyu serta menyaksikan pelaksanaan Program Turtle Nest Adoption, antara inisiatif pemuliharaan spesies penyu yang dilaksanakan oleh Taman-Taman Sabah. Delegasi turut menerima taklimat keselamatan dan berinteraksi dengan wakil agensi yang terlibat.
Sepanjang lawatan, delegasi turut diberi penerangan mengenai pelaksanaan rondaan bersepadu, kesiapsiagaan aset serta kerjasama strategik antara Maritim Malaysia, ESSCOM dan agensi keselamatan lain dalam memastikan keselamatan ESSZONE sentiasa berada pada tahap terbaik.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh keselamatan dan kedaulatan negara, di samping meningkatkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap Sabah sebagai destinasi yang selamat untuk pelancongan, pelaburan dan pembangunan.
Maritim Malaysia akan terus memperkukuh rondaan, operasi penguatkuasaan dan kerjasama strategik bersama Kementerian Dalam Negeri, ESSCOM serta agensi keselamatan lain bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan Sabah Timur sentiasa terpelihara.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan di talian 089-229 504 atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan segera diambil.













.svg.png)

