24
Rab, Apr

Grid List

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

WARGA ASING BEKERJA DI ATAS BOT NELAYAN SECARA HARAM DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN

NEKAD SERANG MARITIM MALAYSIA, TIGA NELAYAN VIETNAM CEDERA

KUANTAN, 3 Mac - Tiga nelayan Vietnam cedera terkena serpihan tembakan akibat tindakan agresif mereka yang menyerang Penguat Kuasa Maritim Malaysia dengan parang dan objek keras ketika hendak diperiksa sewaktu mereka menceroboh masuk perairan Malaysia.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, Kapal Maritim (KM) SATRIA yang sedang melaksanakan OP KUDA LAUT telah mengesan dua bot nelayan asing Vietnam sedang menceroboh perairan negara di sekitar kedudukan 80 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, Pahang lebih kurang jam 5.25 pagi semalam dan mengambil masa hampir tiga jam bagi menahan bot berkenaan.

Menyedari kehadiran KM SATRIA, kedua-dua bot tersebut melarikan diri daripada ditahan.

 KM Satria bertindak menurunkan bot RHIB untuk memintas dan menjalankan pemeriksaan dengan merapat ke arah sebuah bot dengan nombor pendaftaran KG92641TS.

Ketika sedang merapat dan dalam usaha memanjat bot suspek, pasukan geledah diserang secara tiba-tiba oleh beberapa awak-awak yang bertindak agresif dengan bersenjatakan parang serta objek keras dan tajam bagi menghalang daripada diperiksa.

Tindakan agresif dan ganas nelayan asing itu telah mengancam keselamatan nyawa pasukan keselamatan dan menyebabkan beberapa das tembakan amaran dilepaskan ke udara, namun mereka masih meneruskan tindakan ganas.

Situasi tegang dan kritikal itu membuatkan anggota penguatkuasa tiada pilihan lain dan terpaksa melepaskan tembakan amaran ke arah bot bagi menghentikan tindakan ganas nelayan asing serta mempertahankan diri dan aset sesuai dengan ketetapan SOP dengan penggunaan kekerasan secara minima,  namun serpihan tembakan terkena dan mencederakan dua  awak-awak dan seorang tekong bot berikutan keadaan laut yang bergelora.

Bot serta 19 awak-awak akhirnya berjaya ditahan dan ditangkap sekitar jam 8.55 pagi semalam dengan keseluruhan hasil bernilai RM1.5 juta membabitkan sebuah bot dan hasil laut negara.

Manakala tiga nelayan asing yang cedera telah dibawa menaiki bot KILAT 49 pada 11.45 malam dan tiba di Jeti PPM Kuantan pada 12.15 tgh mlm tadi seterusnya dibawa oleh ambulan bagi menerima rawatan di hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Bot yang ditahan beserta kesemua awak-awak diiring masuk oleh KM Satria dan tiba di jeti Pangkalan Maritim Kemaman Terengganu lebih kurang jam 12 tengahari, hari ini. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang membawa hukuman denda sehingga RM6 juta ke atas tekong dan RM600,000 ke atas awak-awak kerana tidak memiliki sebarang permit untuk beroperasi di perairan Malaysia serta Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6(1)(c) yang membawa denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya serta boleh dikenakan sebatan tidak lebih daripada enam sebatan kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia juga akan menyiasat dan mendakwa kru di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Tangkapan ini merupakan tangkapan ke 68 operasi OP KUDA LAUT dengan melibatkan penahanan 795 awak-awak termasuk tekong dalam usaha mengekang jenayah pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing.Dalam pada itu, orang ramai disaran dapat memberi kerjasama dan bersama-sama membantu dalam menangani sebarang aduan kesalahan atau jenayah di perairan negara dengan menghubungi Talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.

 

 1 3 
 2  4

 

Grid List

ANGGOTA MARITIM MALAYSIA YANG TERLIBAT INSIDEN TEMBAKAN DI LAHAD DATU AKAN JALANI PEMBEDAHAN LAGI

KOTA KINABALU, 23 APRIL – Ketua Bot Banggi 48, Zon Maritim Lahad Datu, Bintara Muda Maritim Zainal Abas bin Komel yang terlibat dalam insiden tembakan baru-baru ini bakal menjalani pembedahan selanjutnya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada hari esok.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penguatkuasaan dan Eksesais (P&E) juga selaku Pemangku Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz berkata, pembedahan ini dilaksanakan bagi memastikan sama ada kornea mata beliau masih boleh berfungsi atau sebaliknya.

Beliau turut memaklumkan, pemeriksaan awal perlu dilakukan terlebih dahulu oleh Pakar Mata bagi memastikan anggota berkenaan mendapat rehat secukupnya sebelum menjalani pembedahan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kebajikan terhadap anggota berkenaan di sini awal pagi tadi.

Turut sama pada sesi lawatan tersebut Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli serta Pegawai Memerintah KM Banggi, Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi dan Pegawai Memerintah KM Memmon Leftenan Komander Muhamad Soleh bin Halim yang juga Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR).

Sementara itu, Siti Norhaini turut memaklumkan pihak Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menjaga kebajikan anggota dan ahli keluarga beliau yang tiba di Kota Kinabalu sepanjang mereka berada di sini.

Terdahulu, Bintara Muda Maritim Zainal Abas telah mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri akibat terkena serpihan benda asing dalam kejadian berbalas tembakan tersebut.

 

ANGGOTA TEMBAK 2
 
ANGGOTA TEMBAK 3
 
ANGGOTA TEMBAK 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC